Pages

Thursday, 4 September 2014

{UPDATE} BERITA PENEMUAN MH370 DI PULAU PERAK ADALAH PALSU !!!



Heboh di laman media sosial & WhatsApp apabila tersebarnya berita penemuan bangkai Pesawat MH370 di sebuah kawasan di Pulau Perak. 

Berikut salinan mesej yang tersebar seperti dibawah:

MH370 dah dijumpai di kawasan Pulau Perak.
Semua mati..Pukul 11 member saya akan confirmkan sekali lagi.
Skrg semua aset TLDM digerakkan ke sana.. 
Al Fatihah... 
MH 370 disyaki di hijack berpatah balik menuju ke Phuket terhempas di Tukun Perak diantara perairan langkawi dan lautan andaman selatan Thailand. 
Maklumat masih di rahsiakan utk pasukan keselamatan saja. Ikut member saya TLDM melalui sonar jumpa bangkai kapalterbang dan cebisan pesawat.Dia org juga nampak ada mayat pakai life jaket terperangkap dlm pesawat... Belum dapat disahkan...
pukul 6 pagi tadi semua kapal laut dan kapal terbang dikerahkan ke sana.. Dia org jumpa pukul 6.50 ptg semalam..Lepas tu cuaca gelap. Malam tadi dia org terbang semula kawasan tu tapi cuaca gelap...
Pukul 6 pagi tadi semua kapal terbang dan kapal dikerahkan ke tempat tersebut... Bila TUDM plot balik tpt tsbt, kawasan tu dlm perairan Indon.Antara Tukun Perak dgn Acheh... 
Insyallah kalau betul hari ni kita akan dpt tahu sesuatu yg positif...
Wallahualam... 
copy paste dr group w/up ATM&PDRM. 
Baru 5 minit tadi astro awani kata akan menghentikan semua rancangan berbentuk hiburan bagi menghormati insiden ni... 
99% ketepatan berita ini Adalah benar #‎MH370 
#‎PrayForMH370 MH 370 
Copy paste untuk makluman .

{UPDATE}
PETALING JAYA: Selepas hampir lima bulan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan hilang, tiba-tiba pada Khamis, netizen atau pengguna Internet kembali kecoh dengan dakwaan kononnya pesawat itu ditemui.

Menerusi pelbagai medium laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp, penyebar maklumat itu mendakwa MH370 ditemui di kawasan Pulau Perak di Selat Melaka kira-kira pukul 6.50 petang Rabu.

Bagaimanapun hasil semakan, maklumat berkenaan ternyata palsu dan pernah disebarkan sebelum ini pada 13 Mac lalu iaitu lima hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang.


netizen 1
Sekitar tengah hari Khamis, pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Immia (@adiyusimranmia) memuat naik posting yang menyebut tentang penemuan MH370.

Namun beberapa netizen lain menyelar tindakan penyebar maklumat ‘kitar semula’ itu kerana menyalahgunakan media sosial untuk mencari perhatian.

Malah penyebar maklumat palsu itu turut dikecam kerana tidak sensitif dengan kesedihan yang dialami keluarga mangsa MH370.


Sebelum ini, maklumat yang sama pernah dinafikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud kononnya MH370 dikesan berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka.

MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777 itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Pesawat malang itu dinaiki 239 penumpang termasuk 12 kru hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Mstar

No comments:

Post a Comment