Pages

Saturday, 23 August 2014

POLIS BAKAL GUNA MOTOSIKAL ELEKTRIK OKTOBER INI


HULU LANGAT – Polis bakal menggunakan 30 motosikal elektrik awal Oktober depan di sekitar ibu kota untuk mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata selain motosikal elektrik, polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara.

“Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa,” katanya.

Bagaimanapun, penggunaan kedua-dua kenderaan itu masih dalam peringkat kajian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘My Hijau Youth Camp’ anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.

Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment