Pages

Monday, 4 August 2014

PKR BUKA PEKUNG MB SELANGOR, HUTANG RM66.67 JUTA


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).
Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.
"Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat.
"Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah pangsa di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin. - mStar

PKR: Khalid ada masalah integriti, disiplin
PETALING JAYA - Isu keraguan terhadap integriti dan disiplin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sebab musabab PKR bertegas mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor kepada Datin Seri Dr Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, kegagalan Abdul Khalid menjawab beberapa isu yang menimbulkan banyak keraguan khususnya melibatkan urusniaga bernilai jutaan ringgit menyebabkan pihaknya terpaksa membuat keputusan itu.

"Dalam rundingan hutang Bank Islam, ia telah menimbulkan keraguan terhadap integiriti Abdul Khalid apabila berita mengenai rundingan hutang itu diketahui umum melalui pihak media.

"Dua bulan selepas itu, keraguan itu semakin kuat apabila urus niaga membabitkan ratusan juta ringgit telah memberi keuntungan kepada Eco World Berhad, iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf selaku pengerusi dan pemegang saham utama," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya sebagai menteri besar baharu yang telah dibentang dan diterima oleh Majlis Pimpinan PR dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Dalam pada itu, Saifuddin juga mendakwa Eco World telah membeli tanah seluas 308.72 juta ekar daripada Tropicana Corporation Berhad pada 19 Mac lalu sedangkan tanah itu asalnya milik kerajaan negeri Selangor.

"Tanah 308.72 juta ekar itu merupakan sebahagian daripada 1,172 ekar tanah milik kerajaan negeri Selangor yang dijual kepada Tropicana pada April 2013," katanya.

Tambah Saifuddin lagi, Abdul Khalid didakwa telah menyerahkan projek pembinaan perumahan mampu milik 'Rumah Selangorku' kepada syarikat sama pada saat akhir sedangkan sebelum ini rundingan dilakukan dengan syarikat pemaju lain.

"Pada 25 Mac 2014, Menteri Besar tandatangani satu lagi MoU dengan Eco World dengan menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsapuri mampu milik di bawah geran 'Selangorku' dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Eco World Berhad.

"Projek rumah mampu milik di Sungai Sering, UK Perdana itu pada asalnya dirundingkan syarikat lain yang berlarutan beberapa tahun, tapi akhirnya diberi kepada Eco World," katanya lagi.

Lebih memeranjatkan apabila Saifuddin mendakwa, Adun Pelabun Klang itu hanya menghadirkan diri ke mesyuarat parti sebanyak 42 daripada 136 kali sejak PR memeritah Selangor.

"Tan Sri Abdul Khalid adalah anggota dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik.

"Sesibuk manapun, kehadiran dalam mesyuarat itu penting dan seperti biasa jemputan mesyuarat kita lakukan," katanya lagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment