Pages

Thursday, 7 August 2014

PEKERJA TNB MENYAMAR KETUA BALAI DITAHAN


Kota Bharu: Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyamar Ketua Balai Polis Bachok, ditahan selepas cuba mengganggu seorang wanita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Isnin lalu. 

Suspek berusia 26 tahun yang bekerja di TNB Manjung, Perak, sebelum itu dilihat mengejar seorang wanita di HRPZII pada jam 11.55 pagi. 

Perbuatan lelaki terbabit ditegur oleh pengawal keselamatan di hospital berkenaan.

Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan kad yang mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mendakwa dirinya Ketua Balai Polis Bachok.

“Suspek kemudian merampas dompet serta telefon bimbit milik pengawal keselamatan tanpa sebab munasabah sambil mengamuk mahu menahan lelaki itu untuk pemeriksaan ujian air kencing. 

“Kejadian itu disedari anggota polis yang bertugas di HRPZ II dan mendekati suspek sambil meminta dia mengeluarkan kad pengenalan diri. 

“Sebaik menyerahkan kad itu, suspek terus melarikan diri sebelum ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Katanya, semakan mendapati suspek tiada kes jenayah lampau.
BH

No comments:

Post a Comment