Kumpulan pertama mangsa warganegara Malaysia yang melibatkan 20 jenazah tragedi MH 17 siap dinaikkan ke pesawat khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol di Amsterdam, Khamis. Foto BERNAMA |
AMSTERDAM, Belanda: Pesawat khas yang membawa pulang kumpulan pertama melibatkan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warganegara Malaysia berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penerbangan yang berlepas pada pukul 9.40 malam waktu Malaysia itu dijangka mengambil masa 11 jam.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

No comments:
Post a Comment