Pages

Tuesday, 26 August 2014

CINCIN BESI TERSEKAT PADA KEMALUAN SELAMA 11 JAM !!!



Gambar diambil daripada Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
KOTA BAHARU: Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Gara-gara hanya 'suka' mencuba, derita yang dilalui.

Dalam melalui masa yang terluang, seorang lelaki dengan tidak semena-mena memasukkan cincin besi pada kemaluanya.

Malangnya, setelah telus, cincin itu tersekat di pangkal kemaluan.

Beliau panik dan cuba mengeluarkannya secara paksa bersendirian hingga kemaluannya membengkak.

Kejadian itu berlaku pada sekitar 5 petang Sabtu di Kampung Dewa Beta, di sini.

Setelah menderita dalam diam selama 11 jam, beliau akhirnya meminta bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira pukul 3 pagi keesokan hari (Ahad).

Deritanya tidak berakhir di situ.

Doktor mengalami kesukaran mengeluarkan cincin berkenaan, kata Ketua Zon Kota Baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jamil Abdullah yang tampil memberi bantuan.

Ketika ditemui Jamil berkata, "Doktor gagal berbuat apa-apa memandangkan alat sulitnya membengkak dan meminta bantuan kami (unit Emergency Medical Rescue Team EMRS)".

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.25 pagi dan seramai empat anggota dikerahkan ke HRPZ II.

"EMRS mengambil masa selama dua jam untuk memotong cincin terbabit menggunakan 'ring cutter'.

"Kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada alat sulit mangsa," katanya.

Jamil berkata sepanjang prosedur terbabit mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius.

Katanya, ini merupakan kes pertama seumpamanya dilaporkan di negeri ini.

Sementara itu, Sinar Harian menemui mangsa, tetapi dia enggan dikenali.

Katanya, dia buat begitu kerana “suka suka”.

“Saya jumpa benda itu dan saya pun cuba memasukkannya (ke alat sulit). Tapi lepas itu tak boleh dikeluarkan.

“Saya panik,  bagi tahu ayah, Dia terus membawa saya ke hospital,” katanya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Ditanya sama ada dia sudah serik dengan kejadian itu, dia hanya mengangguk dan tersenyum.

No comments:

Post a Comment