Pages

Wednesday, 6 August 2014

4 GAMBAR KES SAMUN MPV DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Menerusi laman sosial Shah Alam Residen, seorang gadis telah memuatnaik beberapa keping gambar kejadian samun yang berlaku di Seksyen 7 Shah Alam membabitkan ibunya yang sedang memandu MPV. Menurut Nadia,

[4 Gambar] Kes Samun MPV Sek 7 Shah Alam
Assalamualaikum warga SAR sekalian, mak saya baru lepas kena ragut depan rumah tadi, dia pecah pintu driver lepas tu tarik gelang mak saya. 2 orang lelaki [mungkin melayu atau indon] naik motor. Alhamdulillah mak saya takde pape cuma emotionally scarred. Area sek 7 belakang unisel. Berhati2 eh semua. Bak kata P.Ramlee "kecik2 taknak mampus dah besar menyusahkan orang". Semoga beroleh balasan setimpal.




Dalam pada itu, seorang lagi (Hadi Ismail) turut melaporkan yang ibunya turut diragut di Sek 19 Shah Alam oleh 3 lelaki dengan 2 motorsikal, menurutnya
Salam...
Mak saya pun baru lepas kena ragut pukul 1.50tgh td kat seksyen 19..
3 org..2 motor..
Yg masuk umah mak saya 2 org...
Nasib baik mak saya bijak pasal tarik badan dia ke arah luar rumah...bukan masuk ke dlm umah...
Jerit minta tolong dan ada sorg jiran dtg...
Pakaian penyamun tu smart mcm nak cari umah utk beraya....
Hati2 semua warga shah alam..
Mangkuk tu ada di mana2..
Dia target warga tua da masa time2 org solat zuhur..atau tghari time takde org kat luar/atas jalan....
Sekang mak saya pun da trauma..oasal first time..
Ntah2 penyamun tu pun ada dlm group ni..kita pun tak tau...
Kalau ada (penyamun tu dlm group ni) dan membaca ini..."ko bertaubat la cepat2 sebelum malaikat maut dtg menjemput....mak aku mmg redha dugaan dia (tgh puasa 6) tp Allah maha adil....hidup ko mmg tak berkat pasal KURANG AJAR dgn org tua!"
Semoga penjenayah-penjenayah tersebut berjaya ditahan.

sumber
Nadia Ismail Cool - Shah Alam Residents
hadi Ismail - - Shah Alam Residents 

No comments:

Post a Comment