Kita diingatkan sebelum tidur membaca ayat ayat suci Al-Quran dan mengingati kepada Allah kerana tidur kita sebahagian dari mati. Ada yang tidur akhirnya terus meninggalkan dunia ini dengan aman tanpa sakit dan menyusahkan sesiapa untuk menjaganya. Dalam keadaan begitu , pemergiaan seseorang itu dengan penuh aman. Usah memikirkan kehidupan seribu tahun akan datang tetapi fikirlah kematian hari esok. Jika ditakdirkan esok hari terakhir maka berakhirlah kehidupan kita , harta yang bertimbun di tinggalkan , sayang macamana pun pada seseorang, jika dijemput Illahi, sayang itu juga tiada lagi maknanya. Kerana sayang juga tidak boleh bawa bersama kematian.
Yang pasti diiring bersama hanyalah kain putih dan keranda selain sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa. Esok memang masih ada tetapi adakah ia pasti esok untuk kita, mungkin esok untuk orang lain bukan untuk kita. Janganlah kita terlalu yakin bahawa esok masih ada untuk kita. Kematian berlaku dimana-mana , bila-bila dan kepada sesiapa sahaja tidak kira usia , kaya atau miskin , bahagia atau derita seseorang itu. Kerana kematian adalah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui.
Ada orang yang mati kerana sakit , ada yang mati kerana kemalangan , ada yang mati kerana ajalnya memang pada saat itu dan ada juga yang sanggup mati kena kasihnya pada seseorang. Jika kematian itu boleh ditangguh semua orang mahu menanguhnya dan jika kematian itu diketahui lebih awal resah gelisah manusia dibuatnya . Namun itulah kebesaran Allah merahsiakan saat kematian.
Jika kita menggangap esok masih ada, kita akan terus lalai kerana berangapan bahawa kita boleh membetulkan segala kesilapannya pada hari esok dan esok tetap ada, bila tiba hari esok , maka esok selepas itu masih ada . Persoalannya bilakah berakhirnya hari esok.
Jika kita meletakkan bahawa esok adalah hari terakhir kita , maka amalan kita akan menjadi lebih kuat , ingatkan Allah dengan lebih amalan dan urusan dunia berada di tempat kedua kerana amalan akhirat adalah segalanya. Tetapi biarpun amalan akhirat diutamakan jangan pula urusan dunia diabaikan biarpun kita mengganggap esok sudah tiada lagi.
Persimpangan antara dunia dan akhirat perlulah diperincikan dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya. Takut-takut esok juga masih ada untuk kita . Tetapi dimanakah letaknya hati kita jika kita merasakan bahawa esok sudah tiada lagi ………
Persimpangan antara dunia dan akhirat perlulah diperincikan dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya. Takut-takut esok juga masih ada untuk kita . Tetapi dimanakah letaknya hati kita jika kita merasakan bahawa esok sudah tiada lagi ………
No comments:
Post a Comment