Pages

Saturday, 12 July 2014

KANAK-KANAK 6 TAHUN MAUT DIGILIS BAS


HULU LANGAT - Keriangan seorang kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolahnya berakhir dengan insiden mengerikan apabila dia maut dilanggar bas di Taman Perkasa, di sini, semalam.

Ketua Trafik Kajang, Deputi Superintendan Zainudin Mahdi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Adriana Natasha Nazlan, 6, sedang menuruni bas yang dinaikinya ketika bas yang sama menggilis tubuhnya.

“Sedang mangsa menuruni bas, mangsa tiba-tiba dilanggar bas itu dan tergilis,” katanya.

Menurutnya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Zainudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Kes ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987,” katanya.

***pembetulan sedikit fakta.
      arwah bukan dilanggar sebaik turun drpd bas, tetapi arwah dilanggar tanpa sengaja apabila arwah tiba tiba berpatah balik setelah turun drpd bas kerana dipanggil oleh kawannya dan pemandu bas tidak menyedari kehadiran arwah yg tiba tiba berpatah balik.

No comments:

Post a Comment