Pages

Friday, 27 June 2014

SABARLAH WAHAI HATI


Di dunia tempat kita beribadat,
Di akhirat tempat kita beroleh nikmat.

Di dunia tempat kita mengabdikan diri,
Di akhirat tempat kita syurga abadi.

Di dunia tempat kita berpenat,
Di akhirat tempat kita berehat.

Di dunia tempat kita bercucuk tanam,
Di akhirat tempat kita menuai hasil yang ditanam.

Di dunia tempat kita diuji,
Di akhirat tempat kita yang terpuji.

Di dunia tempat kita ditohmah dikeji,
Di akhirat tempat kita mendapat puji.

Bersabarlah duhai hati...
kerana dunia ini pentas diuji untuk melihat siapa yg terbaik disisi Illahi.
Mudah-mudahan apa yang tidak diperoleh di dunia ini akan diberi di akhirat nanti...

No comments:

Post a Comment