PETALING JAYA: Lima perompak menganggap mereka dapat memiliki sejumlah wang yang dirompak apabila mereka menyamun seorang kontraktor swasta pada pagi Ahad dengan kayu, parang dan pedang samurai dan membawa lari beg mangsa yang mengandungi wang tunai RM10,000.
Walau bagaimanapun, mereka yang terdiri daripada lima orang itu telah diberkas apabila mereka berhenti di sebuah restoran makanan segera 24 jam tanpa menye
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu berada di Jalan Batu Nilam 34B di Taman Bukit Tinggi 2 apabila dia dikelilingi oleh lima lelaki berusia 28 hingga 35 tahun, dengan 21 rekod jenayah di antara mereka yang mengancamnya dengan pedang samurai, kayu dan parang.
"Seorang lelaki merentap beg sandang mangsa dan mengarahkannya supaya beg itu diserahkan kepadanya. Memikirkan tentang nyawanya, mangsa membiarkan sahaja dan suspek melarikan diri dengan Proton Preve putih dan Perodua Kelisa berwarna merah.
"Di dalam beg mangsa mengandungi wang tunai RM10,000, dua kad bank dan cek, iPhone berwarna putih dan telefon pintar Samsung, serangkai kunci dan lesen.
"Walau bagaimanapun, ketika mereka memandu melarikan diri, mangsa mengambil keputusan untuk mengekori suspek sehingga mereka berhenti di sebuah restoran makanan segera di Taman Melati. Dia menghubungi polis yang kemudiannya menahan lelaki-lelaki terbabit," katanya.
Senjata, 14 telefon bimbit, tiga kunci kereta, wang tunai sebanyak RM709 dan dua kenderaan telah dirampas.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
MStar
No comments:
Post a Comment