Pages

Wednesday, 18 June 2014

{UPDATE} PEGAWAI POLIS HILANG DI AIR TERJUN SUNGAI TUNGKU GERIK !!!

Pegawai polis ASP Mior Fahin disyaki lemas selepas hilang dekat air terjun Sungai Tungku, 
RPS Banun, Gerik.

IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) hilang ketika berada di air terjun Sungai Tungku, RPS Banun di Gerik, petang semalam. 

Mangsa dikenali sebagai ASP Mior Fahim dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak adalah peserta pasukan kenderaan pacuan empat roda (4x4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik yang turut disertai Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani tiba di perkampungan terbabit kira-kira jam 4.30 petang. 

Difahamkan, mangsa bersama dua pegawai polis yang lain pergi ke kawasan air terjun terbabit selepas selesai makan tengahari. 

Salah seorang pegawai terbabit melihat mangsa turun mandi ke air terjun sebelum hilang dari pandangan. 

Sehingga kini, usaha mengesan mangsa masih dijalankan.
Bernama

UPDATE :

Mayat pegawai polis yang hilang ditemui terapung pagi tadi

Ipoh: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang dilaporkan hilang di air terjun Sungai Tungku, RPS Banun, Gerik, petang semalam, ditemui pagi tadi. 

Mangsa ASP Mior Fahim Ahmad dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dipercayai mati lemas. 

Mayat mangsa ditemui terapung 7.30 pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak malam tadi oleh anggota polis dan anggota Bomba dan Penyelamat. - Bernama


 Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment