Pages

Monday, 23 June 2014

MH370 : POLIS BRITAIN DAKWA @pdrm KENAL PASTI KAPTEN ZAHARIE SEBAGAI SUSPEK !!!


SIASATAN rasmi polis berhubung kes kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan mengenal pasti juruterbang pesawat itu sebagai suspek utama.

Polis Malaysia mendapati ayah kepada tiga anak itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dilihat tidak membuat sebarang komitmen kerja atau sosial pada masa akan datang, melainkan anggota krewnya yang lain, lapor Sunday Times.

Siasatan mereka juga menemui bahawa beliau telah memprogramkan simulator penerbangan dengan latihan penerbangan jauh ke selatan lautan Hindi dan mendarat di sebuah pulau menggunakan landasan pendek, dakwa akhbar itu.

Program latihan itu dikatakan telah dipadam tetapi kemudiannya dikesan oleh pakar komputer.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.

Terdapat 239 penumpang dan krew di dalam pesawat itu.

Sehingga kini, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui. - mirror.co.uk
MStar

No comments:

Post a Comment