SHAH ALAM - Sebuah bas menghala ke Plaza Tol Batu Tiga menghala Kuala Lumpur, dekat sini merempuh beberapa kenderaan lain, sebelum masuk ke laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudiannya merempuh masuk ke laluan motor.
Kemalangan membabitkan tiga kereta, sebuah bas dan motosikal sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Sinar Harian Online difahamkan, penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta mengalami cedera parah bahagian kaki.
Sementara itu, seorang penumpang bas cedera ringan.
Ketika kejadian, penumpang bas seramai 15 orang.
Mangsa telah dibawa ke Hospital H Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.
SH
No comments:
Post a Comment