Pages

Monday, 19 May 2014

SATU LAWAN SATU DI PRK TELUK INTAN


TELUK INTAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan persaingan dua penjuru melibatkan calon dari BN dan DAP.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Proses penamaan calon yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding tidak lama lagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment