Pages

Saturday, 24 May 2014

RAYER SEMAKIN BIADAP !!! ULANGI CELAKA UMNO DI LUAR DEWAN


Setelah menegaskan tidak akan menarik balik dan memohon maaf di atas keceluparan menggelarkan UMNO sebagai celaka, Adun Seri Delima, RSN Rayer sekali lagi mengulangi kebiadapannya.

Dalam ceramah DAP di Island Glades, malam tadi beliau mengulangi celaan liarnya dengan mengatakan celaka UMNO.

Dengan nada angkuh, wakil rakyat DAP itu menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini, lapor Utusan.

“Biar saya ulang lagi di sini, celaka UMNO dan yang saya maksudkan ini hanya kepada parti, bukan orang Melayu.

Rayer sebelum ini mencetuskan kemarahan sekumpulan penyokong-penyokong UMNO sehingga mendorong mereka merempuh masuk pagar dan menceroboh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meluahkan kekesalan kepada wakil rakyat DAP itu.

Ini kerana beliau mengeluarkan perkataan Celaka UMNO ketika sesi sidang DUN Pulau Pinang, Selasa dan berlaku kekecohan apabila perbuatan biadapnya ditentang banyak pihak.

Susulan kekecohan itu, ketua pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid semalam memohon maaf atas tindakan kumpulan penyokong UMNO berkenaan.

Selepas perdebatan sengit berhubung usul tergempar yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengutuk perbuatan itu, Jahara memohon maaf bagi pihak ‘mereka yang menceroboh itu’.

“Tetapi kami mahukan ADUN Seri Delima mohon maaf kerana memanggil UMNO celaka,” kata Jahara.

Jika selama ini beliau berlindung disebalik imuniti DUN, kini sudah tiba masanya UMNO mengambil tindakan terhadap Rayer ekoran kenyataan terbaru beliau di luar Dewan malam tadi.

Barulah adil jika DAP buat laporan polis ekoran kekecohan di depan pejabat parti itu di Jalan Pudu semalam, UMNO pula mengheret Rayer ke mahkamah. 
bnbbc.my

No comments:

Post a Comment