Pages

Thursday, 8 May 2014

PM NAFI KABINET GUGUR RUANGAN KAUM DALAM BORANG RASMI KERAJAAN.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menafikan Kabinet ada membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.


Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada.

Ianya bertujuan memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.

“Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping, Khamis.

Selain itu katanya, Kabinet juga tidak buat keputusan mansuhkan butiran agama dalam borang rasmi kerajaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetulkan kenyataannya yang disiarkan media hari ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.


No comments:

Post a Comment