Pages

Friday, 23 May 2014

MOHAMED NABI BUX DAKWA PAS MUNAFIK !!!


Georgetown – Calon bebas, Mohamed Nabi Bux Mohamed Abdul Sathar mendakwa kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang dikatakan hiprokrit dalam memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud.

Dia mendakwa, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak ikhlas dalam menerangkan pelaksanaan hukum hudud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

“Mat Sabu dan Mahfuz telah mempamerkan sifat munafik kerana mempolitik dan mempermainkan hukum hudud.

“Depan pengundi Melayu, mereka cakap pasal perjuangan PAS melaksanakan hudud, tetapi bila depan pengundi Cina malu-malu mahu cakap pasal hudud,” dakwanya dalam satu sidang media.

Atas faktor itu, dia menyeru ahli PAS menolak pemimpin hipokrit seperti Mat Sabu dan Mahfuz, tetapi, pada masa sama, meminta ahli PAS dan Barisan Nasional (BN), termasuk parti komponen, menyokongnya dalam memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud.

“Adakah mereka (PAS) mahu satu undi dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor di Dewan Rakyat untuk laksanakan hudud?

“Jika Ramkarpal jadi Ahli Parlimen, sudah pasti mereka tidak akan dapat satu undi,” katanya.

Dia turut mengecam kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang mengancam akan menamatkan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, jika kerajaan PAS Kelantan meneruskan usaha membawa usul Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) ke Dewan Rakyat.



“Saya berpendapat ini adalah satu ugutan. Saya minta pemimpin-pemimpin PAS balik ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” ujarnya.
Sinar TV

No comments:

Post a Comment