Pages

Thursday, 29 May 2014

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRESS DI KM 14 JALAN BENTONG-RAUB


BENTONG - Masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan berita kemalangan melibatkan bas ekspres di Kilometer 14, Jalan Bentong - Raub yang berlaku semalam yang hanya tiga kilometer dari lokasi kemalangan bas melibatkan tiga kematian, 12 April lalu.

Seramai 30 penumpang dan pemandu bas nyaris maut apabila bas yang dinaiki bergesel dengan sebuah lori tiga tan membawa muatan sayur-sayuran.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang di mana bas terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya, empat mangsa termasuk pemandu, dua penumpang bas dan kelindan lori mengalami kecederaan.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan itu ialah Marudi Omar, 55 (pemandu bas), Uswatul Hasanah Ahmad,23, Nur Adilla Abdullah,24, dan Ridhwan Muhammad,27 (kelindan lori).

Marudi yang berasal dari Kota Bharu dikatakan patah di pergelangan tangan kanan, luka di pipi kanan dan luka-luka kecil di lengan akibat terkena serpihan cermin.

Uswatul yang berasal dari Klang cedera di selaput mata kanan manakala Nur Adliha yang berasal dari Kota Bharu cedera di dahi kanan. Mohd Ridhwan yang berasal dari Masai, Johor pula mengalami kecederaan di dahi kanan.

Difahamkan lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Selayang untuk menghantar sayur-sayuran ke pasar Raub.

Mohamad Mansor berkata, kesemua mangsa yang cedera termasuk pemandu bas yang patah pergelangan tangan kanan telah di bawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 9487 dan siasatan masih giat dijalankan.

“Kita masih menyiasat punca kejadian dan berharap mana-mana saksi supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment