Pages

Friday, 2 May 2014

HUDUD : PAS JUGA ADA KRISIS DALAMAN


Laman sosial pro ulama, El Haraki mendedahkan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak mendapat sokongan solid dalam parti, malah mengalami tentangan dalaman parti itu terutamanya dari kalangan ‘Anwarinas’

“Setakat ini Dr Dzulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) tetap konsisten dengan pandangan bahawa belum sampai masa untuk melaksanakan Hudud. Pandangan ini jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS.

“Bagaimana pula dengan geng-geng Anwarisme yang lain? Diam membisu..” dedahnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dilaporkan Antarapos hari ini dilihat cuba mengalih isu hudud yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Sebelum ini, PAS berjanji usul hudud akan dibawa di parlimen oleh mana-mana wakil pembangkang, namun Mahfuz memusing kenyataan itu dengan menggesa usul itu perlu dibawa oleh wakil UMNO untuk membuktikan parti itu ikhlas menyokong undang-undang tersebut.

“Kerajaan (Umno-BN) sendiri perlu menterjemahkan kejujurannya sejujur-jujurnya iaitu dia sendiri yang bawa (usul hudud) ke Parlimen. Dia mesti tunjukkan keberanian dan kemahuan untuk membentang rang undang-undang hudud bagi membolehkan pelaksanaan enakmen jenayah syariah di negeri Kelantan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, Mahfuz juga turut menyifatkan Umno-BN sebagai ‘pondan’ jika tidak dapat membantu PAS dalam membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hudud di Parlimen.

“Kalau dia bukan ‘pondan’, dia bawalah bil ini ke Parlimen.

“Dia bawa dan dia kena pastikan bil itu menang dan MP (Umno) kena hadir,” katanya.

Justeru, beliau berkata inilah masa bagi Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keikhlasan mereka.

Katanya, pembentangan rang undang-undang Islam itu tidak akan berjaya jika dibuat secara persendirian tanpa mewakili mana-mana pendirian parti Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Ujarnya, PAS menggunakan ruang demokratik dengan membentangkan rang-rang undang di Parlimen dan meminta semua pihak menghormati proses tersebut.

“Kita mendokong demokrasi dalam negara kita, jadi saya minta emua orang memberikan ruang demokrasi kepada Kelantan dan juga kepada PAS untuk melalui proses demokrasi. Siapa yang tidak bersetuju, mereka boleh mengundi untuk menolak,” katanya.

Jelas Mahfuz lagi, tidak ada paksaan di pihak PAS agar pihak lain bersetuju dengan pelaksanaan hukum.

Malah, PAS sedia menerima kemungkinan pelaksanaan hudud di Kelantan ditolak oleh Parlimen.

“PAS menerima apa-apa sahaja keputusan kerana PAS sudah diberikan ruang demokrasi,” tambah Mahfuz.

‎Dalam pada itu, Mahfuz turut menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahad lalu yang meminta PAS memberi kerjasama menerangkan mengenai hudud.

Katanya‎, ia jelas membuktikan bahawa sebelum ini, Umno tidak pernah melaksanakan penerangan hudud kepada orang ramai.

Malah, kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dalam meberi penerangan berhubung pelaksaan hukum tersebut hanya wujud selepas timbul isu berkaitan pelaksanaan hukuman jenayah syariah menjadi topik perbincangan hangat media tempatan.

“Jelas kenyataan ini membuktikan bahawa Umno-BN tak pernah pun membuat penerangan selama ini untuk menerangkan kepada orang ramai berkaitan perundangan Islam, syariat Islam khususnya hudud.

“Saya nak minta Perdana Menteri kalau kerajaan Umno jujur untuk memberikan ruang dan peluang kepada PAS bagi memberi penerangan saya kira cukup dengan beliau menyediakan ruang liputan daripada media arus perdana untuk menjemput mana-mana ulama PAS khususnya Presiden PAS sendiri untuk memberi penjelasan dan penerangan berkaitan hudud,‎” katanya.

Perkara sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad.

Khalid Samad dilaporkan harakahdaily berkata lebih mudah usul hudud diluluskan di parlimen jika dibangkitkan wakil UMNO.

“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.

“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang,” katanya.
AIDCNews

No comments:

Post a Comment