Pages

Sunday, 18 May 2014

GADIS LARI DARI RUMAH IKUT KEKASIH HATI !!!


BUKIT BARU - Akibat terpesona dengan janji manis jejaka dari Sabah, seorang gadis tergamak meninggal rumah sehelai sepinggang.

Ibunya, Latifah Abd Rahman, 55, dari Rumah Pangsa Sri Siantan, di sini berkata, anak bongsunya, Nur Ain Kamaruddin, 19, kali terakhir dilihat pada jam 6.30 petang, 1 Mei lalu, ketika pulang ke rumah untuk mengambil kunci motosikal.

Menurutnya, Nur Ain sepatutnya pulang ke rumah pada jam 11 malam dari tempat kerjanya di sebuah pusat membelah-belah di Ayer Keroh tetapi sehingga jam 1 pagi dia masih belum pulang.

“Makcik cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi telefonnya tutup dan sehingga sekarang tidak tahu di mana Nur Ain berada. Risau mengenai kehilangannya makcik membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru, keesokan harinya.

“Seorang kawannya ada memberitahu, Nur Ain tidak masuk kerja sehingga kini dan mereka ada lihat pada sebelah tengah hari 1 Mei lalu, bersama rakan sekerjanya, seorang lelaki dari Sabah,” katanya kepada Sinar Harian di rumah, di sini, semalam.

Latifah yang juga seorang ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suaminya tiga tahun lalu berkata, dia memang mengetahui anaknya mempunyai hubungan dengan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun sejak beberapa bulan lalu.

Malah menurutnya, anaknya, Nur Ain pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki terbabit, namun dia tidak bersetuju.

“Makcik suruh dia cari lelaki yang senonoh sedikit sebab, lelaki terbabit ada tatu di lengan malah menurut kawan-kawannya, lelaki itu juga mengambil minuman keras, jadi saya kurang bersetuju dengan cadangan dia.

“Akibat daripada itu, dia tidak puas hati dengan saya dan beberapa kali hantar SMS kata jangan carinya lagi termasuk yang terakhir malam tadi (kelmarin),” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia 21 tahun.

Latifah berkata, sejak Nur Ain rapat dengan lelaki itu, sikapnya mula berubah dan semakin tidak mendengar kata.

“Kalau dahulu duit gajinya ada diberikan kepada saya dalam RM200 ke RM300 sebulan tetapi sejak beberapa bulan lalu tidak lagi.

“Makcik tidak sangka, sampai hatinya meninggalkan ibu dia macam ni. Lagi pun makcik tidak sihat kerana ada masalah kemurungan. Sejak dia pergi penyakit darah tinggi makcik terus naik,” katanya yang hanya mengharapkan pendapatan mengambil upah menjaga dua anak orang.

Justeru, Latifah mengharapkan Nur Ain dapat kembali ke pangkuan keluarga apatah lagi abang serta anak-anak saudara yang lain, semua merinduinya.

“Tolonglah pulang Ain, emak amat rindu. Emak sakit Ain, kerana setiap masa bimbangkan keselamatan Ain.

“Kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat pasal  Nur Ain harap hubungi saya di talian 019-6466581 atau anak lelaki saya 017-8840036 (Aidil),” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment