Pages

Friday, 18 April 2014

OPERASI MENCARI BUDAK 11 TAHUN LEMAS DITERUSKAN !!!


KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat seorang murid Tahun Lima, Khairul Azriel Abd Razak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran sekolahnya di Ampang, masih diteruskan.{ Artikel Berkaitan }

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata, pihaknya masih belum menemui mangsa yang berusia 11 tahun dalam operasi sehingga pukul 6 petang, Khamis.

"Kita dah jalankan operasi mencari melalui kawasan sungai sehingga ke Masjid Jamek, merangkumi jarak lebih kurang 10km dari tempat kejadian," katanya di sini, Jumaat.

Khairuldin berkata, pihak Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan meneruskan usaha mencari dan tidak menolak kemungkinan mangsa dihanyutkan hingga ke Puchong atau Sungai Klang.

Beliau berkata, sebelum kejadian, berlaku hujan lebat dan dan kemungkinan mangsa dihanyutkan dengan begitu laju memandangkan arus sangat deras.

Dalam kejadian Rabu lalu, Khairul Azriel dari Sekolah Kebangsaan Ampang, dipercayai lemas selepas tergelincir dan jatuh ke dalam longkang sedalam 1.5 meter berhampiran kawasan sekolahnya.

Kejadian kira-kira 4.24 petang itu berlaku apabila mangsa dipercayai pergi ke longkang itu untuk mengambil bola sepak takraw yang ditendang salah seorang rakannya selepas ia melepasi pagar kawasan sekolah.
MStar

No comments:

Post a Comment