Pages

Thursday, 24 April 2014

HIKMAH BERDOA


Setiap orang minta untuk berdoa kepada Yang Maha Esa memohon apa sahaja yang difikirkan perlu.

Tahukah anda bahawa berdoa ini terdapat pelbagai hikmah disebaliknya.

1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, ‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang’. (surah Ar-Ra’du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, ‘Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya’. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, ‘Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat’. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, ‘Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

Jika diikutkan terdapat pelbagai lagi hikmah disebalik berdoa ini. Mungkin anda boleh kongsikan di ruangan komen ini.

Diharap perkongsian ini dapat memberi anda manfaat.

No comments:

Post a Comment