Pages

Wednesday, 23 April 2014

GADIS 15 TAHUN SANGGUP PONTENG SEKOLAH "BUAT PROJEK" DENGAN KEKASIH DI RUMAH !!!


PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang sanggup ponteng sekolah semata-mata mahu berasmara terbantut selepas diserbu pegawai Masjid Al-Muhtaden di sebuah apartmen di Damansara Damai, kelmarin.

Sumber berkata, pegawai masjid dan penduduk terpaksa mengetuk pintu selama lebih 10 minit sebelum pintu dibuka seorang remaja perempuan yang hanyaberkemban dengan tuala.

Menurutnya, remaja perempuan berusia 15 tahun pada mulanya mengaku berseorangan namun pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang lelaki yang hanya berseluar pendek bersembunyi di dalam dalam bekas rawatan sauna.

“Tidak dapat menyembunyikan perkara sumbang yang berlaku, kedua-dua mengaku adalahpasangan kekasih dan sudah bercinta sejak setahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, pasangan itu yang mengaku belajar di sekolah sama dipercayai sering mengambil kesempatan untuk memadu asmara ketika ibu bapa perempuan keluar bekerja

Pasangan remaja itu kemudiannya dibawa ke masjid dengan menggunakan van jenazah untuk tujuan kaunseling dan kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit turut dipanggil.
sumber

No comments:

Post a Comment