Pages

Monday, 28 April 2014

BUKAN SAYA TAK PEDULI ANWAR - OBAMA


PUTRAJAYA: Tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bermaksud beliau tidak mengambil berat mengenai isu reformasi yang diperjuangkan pemimpin pembangkang itu, demikian menurut Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

"Hakikat saya tidak bertemu dengan Anwar bukanlah bermaksud tidak peduli. Malah ada banyak pihak lagi yang saya tidak temui. Ia juga bukan bermasud saya tidak prihatin terhadap mereka," katanya.

Menurut Obama, isu mengenai kebebasan media, hak asasi manusia, kebebasan awam sentiasa menjadi agendanya ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin luar.

Obama berkata demikian bagi menjawab soalan Major Garrett dari CBS News, yang bertanya mengapa beliau tidak bercakap mengenai hak asasi manusia, hubungan antara kaum, akauntabiliti politik dan kebebasan bersuara yang menurut Garrett merupakan isu yang releven di Malaysia.

"Saya fikir apabila anda berkata bahawa semua isu berkenaan 'perlu dimenangi' di Malaysia, ia mungkin kesimpulan mengenai apa yang berlaku namun ia tidak sepenuhnya menggambarkan kemajuan yang yang dilakukan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Dan saya fikir, Perdana Menteri merupakan yang pertama mengetahui bahawa masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan di Malaysia,” kata Obama sambil menambah bahawa Najib merupakan pemimpin yang komited.
MStar
Kesian tengok Nurul Izzah dan Anwar ni tak dapat jumpa Obama.
Kita semua dah dapat agak bila tak dapat jumpa macam-macamlah mereka kata kat Obama dan Kerajaan Malaysia.

 KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab.
MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitment terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”.
“Bagaimanapun, pertemuan selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah

No comments:

Post a Comment