Pages

Monday, 24 March 2014

WAN AZIZAH MAMPU JADI MB !!!


KAJANG : Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Kejayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Wan Azizah mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti Adun Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tegas beliau dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia."

"Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Menurut Mohamed Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Kata Adun Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Sementara itu Anwar ketika ditanya mengeni kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan dan diganti dengan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata ia akan dibincangkan beraama DAP dan PAS terlebih dahulu.

"Kena bincang dengan rakan Pakatan Rakyat, ini bukan keputusan saya. Masih terlalu awal untuk diperkatakan," katanya.
Mstar
Keputusan Rasmi Penuh PRK N25 Kajang.
Jumlah layak mengundi : 39,278
Chew Mei Fun (BN) : 11,362
Wan Azizah Wan Ismail (PKR) : 16,741
Jumlah pengundi : 28,314
Peratus : 72.1%
Undi ditolak : 176
Majoriti : 5,379

No comments:

Post a Comment