Pages

Wednesday, 12 March 2014

TERKINI : PANGLIMA TUDM NAFI KESAN PESAWAT #MH370 TERBANG RENDAH MELALUI SELAT MELAKA !!!


KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan membuat pengesahan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu lepas sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang petunjuk. { Baca di sini }
Kata beliau, laporan akhbar Berita Harian pada Selasa yang memetik kenyataannya itu telah tersalah lapor.
“Saya minta laporan itu dibetulkan bagi mengelak sebarang salah tafsir yang seterusnya tentang apa yang jelas tidak tepat dan salah lapor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.
Berita Harian melaporkan Rodzali berkata pada malam kejadian, pangkalan udara di Butterworth mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.
Menurut Rodzali beliau telah diminta mengesahkan kejadian itu oleh wartawan Berita Harian tetapi beliau tidak menjawab soalan tersebut.
“Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu ialah ‘sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014 semasa sidang media bersama Ketua Angkatan Tentera di Sama-sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.
Pada sidang media itu, Rodzali berkata:
“TUDM tidak menolak kemungkinan pesawat berpatah balik ke arah bertentangan sebelum pesawat itu hilang daripada radar dan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke kawasan perairan Pulau Pinang.” – Astroawani.com
 MYNEWSHUB.MY & MSTAR

No comments:

Post a Comment