Pages

Friday, 7 March 2014

TERKINI KES LIWAT II : ANWAR IBRAHIM DIDAPATI BERSALAH MELIWAT SAIFUL !!!



Tiga ahli panel Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.

Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.
Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Memandangkan waktu pejabat sudah hampir berakhir,agak sukar untuk pasukan pembelaan Anwar diketuai peguam Karpal Singh untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ini bermakna, hari ini Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dihantar ke penjara pada hari ini sebelum pasukan pembelaan boleh memfailkan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan.

LAPORAN KES

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.

Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini..

Sebahagian dari laporan langsung oleh Malaysiakini..

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan. 

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh. 

4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah. 

4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya. 

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu. 

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul. 

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel. 

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan. 

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).” 

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing. 

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”. 

5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan. 

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh. 

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain. 

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya. 

5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.” 

Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.” - MK

No comments:

Post a Comment