Gambar sepasang kekasih di atas motosikal ini didakwa seorang pengguna Facebook merupakan peragut kini beredar di laman siber.
Menurut wanita yang memuatnaik status tersebut, gambar
lelaki dan wanita yang dipaparkan itu ditemui dalam telefon bimbit yang
tercicir ketika peragut berkenaan cuba melarikan diri selepas cubaan meragut
beg makciknya di stesen LRT Gombak.
Bersama peringatan agar pengguna LRT turut berhati-hati,
gambar ini diminta agar dikongsikan supaya menjadi peringatan kepada orang
ramai.
Dari satu segi, sikap prihatian ditunjukkan pengguna
Facebook ini wajar dipuji.
Bagaimanapun, diharapkan dia pasti maklumat yang dikongsikan
benar-benar tepat apabila melibatkan tuduhan berat sebegini.
Bukannya apa, makciknya diragut pada waktu malam jadi
dibimbangi wajah suspek tidak jelas dan mungkin tersilap pandang.
Bagaimana jika telefon bimbit yang tercicir ini merupakan
barang curi atau ini adalah kawan peragut yang tidak melakukan perbuatan keji
sepertinya?
Rasanya, tindakan paling wajar dilakukan pengguna Facebook
ini bagi membantu orang ramai adalah menyerahkan telefon bimbit yang ditemui
kepada pihak polis agar mereka dapat melakukan siasatan terhadap pemiliknya.
Mynewshub
No comments:
Post a Comment