Pages

Sunday, 9 March 2014

KPN : HENTI SEBAR MAKLUMAT PALSU TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MH370 !!!



KUANTAN: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu dan khabar angin berhubung insiden kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia menimbulkan kebimbangan terutama kepada keluarga penumpang.

“Hentikanlah perkara macam itu…mereka harus fikir bagaimana perasaan keluarga penumpang MH370 yang masih bersedih dengan kejadian itu,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada pegawai serta anggota polis yang terjejas dalam bencana banjir di sini, sebentar tadi.-Bernama

' KUN FAYA KUN ' 
if Allah said its happen , nothing can't change.
We can't blame the pilot...
 We can't blame the aircraft...
We can't blame anybodies…
So…please don’t  politic this issue.
Let’s us together  #PrayForMH370


No comments:

Post a Comment