Kulaijaya: Seorang anggota polis maut dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di Hutan Bandar Kulaijaya, di sini, petang semalam.
Turut ditemui bersama mangsa, R Jothi Lingam yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam itu sepucuk pistol yang masih berada dalam genggamannya.
Terdahulu, Bilik Gerakan IPD Kulaijaya menerima panggilan seorang lelaki tidak dikenali kira-kira jam 6.15 petang yang mendakwa terdapat seorang lelaki mahu membunuh diri di lokasi.
Berikutan itu, anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian dan setibanya di lokasi ditemui mangsa dalam keadaan parah.
Terdapat kesan tempat dari arah kanan kepala mangsa.
Bagaimanapun, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama kemudian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
HMetro
No comments:
Post a Comment