Pages

Monday, 3 February 2014

TAHNIAH APEX KERANA SUDAH BERGELAR BAPA.



KOTA BHARU - Penjaga gawang negara yang juga penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selamat bergelar bapa selepas isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, selamat melahirkan cahaya mata perempuan, kira-kira jam 3 petang, hari ini.

Nur Eilunie Natasha atau Leuniey ketika dihubungi Sinar Harian bersyukur dan gembira dengan kelahiran puteri sulungnya, namun enggan mengulas lanjut berikutan masih kepenatan.

Leuniey selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka seberat 2.75 kilogram di Hospital Pakar Perdana di sini, selepas dimasukkan ke hospital itu, awal pagi tadi.

Dalam pada itu, ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar, 42, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Apex buat masa ini belum bersedia mendedahkan wajah anaknya atau bertemu pihak media.

“Alhamdulillah, Leuniey dan bayi perempuan yang belum diberi nama berada dalam keadaan sihat,” katanya.

No comments:

Post a Comment