Pages

Tuesday, 4 February 2014

SEBARKAN !!! GAMBAR PENCURI WANITA DI SURAU HOSPITAL !!!


BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecurian di surau yang sepatutnya menjadi tempat beribadah oleh umat Islam, malah sudah berkali-kali.
Kes terbaru yang berlaku di surau Hospital Putrajaya yang dikongsikan melalui Facebook Islam Agama Ku ini merupakan salah satu daripadanya.
Kali ini, pencurinya merupakan kaum Hawa yang menggunakan taktik ‘solat dulu, baru curi’.
Berikut merupakan maklumat yang disertakan oleh admin akaun tersebut:
” Wanita didalam gambar tersebut adalah seorang pencuri yang menggunakan surau sebagai modus operandi beliau. Kejadian sebenar berlaku di Hostpital Putrajaya semalam, sewaktu solat Asar.
” Suspek mempunyai modus yang sungguh JIJIK. Beliau akan masuk menunaikan solat di surau tersebut apabila melihat ada mangsa yang membawa handbag kedalam surau.
” Beliau akan sembahyang di sisi tetapi meninggal saf lebih awal kerana ‘MEMBEDAL’ handbag2 yang ada d belakang. Rumah ALLAH SWT yang suci dijadikan tempat untuk mencuri. Semoga beliau si keji bakal mendapat balasan setimpal dengan perbuatan. Untuk warga HM sila berhati-hati dengan taktik licik ini,”
Laporan Polis telah dibuat di IPD Putrajaya dengan salinan gambar dari CCTV Hospital Putrajaya. Terima kasih kepada staff keselamatan hospital yang memberi bantuan penuh.”
Bagi penulis, wanita yang melakukan perbuatan ini mungkin sudah ‘hitam’ hatinya sehingga tiada lagi rasa bersalah tatkala mencuri di tempat ibadah seperti ini.
Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari nanti pasti akan jatuh ke tanah jua.

No comments:

Post a Comment