Pages

Sunday, 9 February 2014

MESTI TENGOK : FAKTA SEBENAR MENGENAI ISU YANG DI AUTA DALAM VIDEOTERESA KOK !!!



Ganjaran tersebut dilaporkan telah meningkat menjadi RM1200, menurut portal The Malaysian Insider.
Berhadapan dengan kemungkinan ditampar demi RM1,200, Teresa Kok yang masih dalam keadaan bingung hari ini membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memandang remeh terhadap isu itu dan berkata tiada keperluan bagi polis untuk menyiasat perkara itu.

Terperanjat dengan kenyataan Ahmad Zahid, ahli Parlimen Seputeh itu berkata menteri berkenaan mengabaikan profesionalisme dan membidas beliau kerana tidak melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang.

"Beliau tidak layak menjadi menteri. Beliau tidak sepatutnya mengganggu siasatan polis.

"Bagi beliau, tiada konsep hak asasi manusia atau hak untuk wanita. Baginya hanyalah kaum," kata Kok sambil menambah bahawa ia adalah suatu "kegilaan".

Awal hari ini, Ahmad Zahid menolak ancaman yang diterima Kok apabila berkata "tiada apa-apa untuk disiasat kerana ia bukan satu ancaman ".

"Mengapa kita perlu menyiasatnya? Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata bunuh, barulah ia ancaman," katanya.

No comments:

Post a Comment