Pages

Tuesday, 11 February 2014

LELAKI NAZAK DI BELASAH AKIBAT CEMBURU !!!


Kajang: Seorang lelaki kini koma dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selepas dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Impian Ehsan, di sini Jumaat lalu.

Ketika kejadian jam 10 malam itu, mangsa Ahmadi Zuhori Yahya, 28, dipercayai sedang makan bersama teman wanitanya sebelum datang sekumpulan lelaki yang terus memukulnya menggunakan objek tumpul sehingga berlaku pendarahan otak. 

Menurut adik mangsa, Mohd Iskandar Sufianshah Yahya, 27, mereka sekeluarga tidak mengenali teman wanita abangnya itu secara dekat, tetapi abangnya itu ada memaklumkan kepada ibu mereka hasrat untuk bertunang selain menunjukkan gambar wanita berkenaan. 

Katanya, apa yang menjadi persoalan sekarang, walaupun selepas dua hari abang terlantar di hospital, teman wanitanya tidak pernah datang menjenguk abangnya yang kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Melalui cerita yang kami dengar, perkara ini adalah akibat cemburu apabila seorang lelaki mendakwa kononnya wanita itu adalah isterinya.

Sungguh sedih admin membaca kisah lelaki dalam gambar di atas , dia kini bertarung nyawa di Hospital Kajang akibat teruk di belasah dengan kejam oleh sekumpulan lelaki ketika sedang makan malam bersama teman wanita nya.

Yang menjadi persoalannya teman wanita yang di kasihi nya kini menghilangkan diri selepas dia terlantar nazak di Hospital Kajang , timbul berbagai persoalan adakah betul teman wanita nya adalah ISTERI ORANG .

Jika betul sungguh malang nasib lelaki ini , dia telah silap membuat pilihan , bagai mana dia boleh terjebak untuk jatuh cinta dengan isteri orang sehingga kan sudah merancang untuk berumah tangga.

Pada wanita tersebut mengapa dia sanggup menduakan suaminya dan curang dengan lelaki lain, yang mengakibat kan suaminya cemburu terus bertindak nekad untuk memukul lelaki terbabit.

Niat admin tulis kisah ini bukan nak aib kan sesiapa lelaki atau wanita , cuma nasihat admin berhati-hati lah memilih teman wanita atau pun teman lelaki pastikan betul-betul status mereka sama ada mereka tersebut mempunyai ikatan dengan sesiapa untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak di ingini sebegini berlaku.

No comments:

Post a Comment