Pages

Wednesday, 26 February 2014

KES SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS HANYA ISU PERIBADI ???


SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan tindakan calon bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang menyarankan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menasihat ahli PKR yang menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik saman itu sebagai cubaan menangguk di air yang keruh.
Menurutnya, Zaid tidak perlu masuk campur dalam urusan PKR, dan saranan tersebut merupakan tindakan nakal Zaid dalam mencetuskan polemik baru menjelang PRK Dun Kajang.
“…bagi saya ini merupakan satu tindakan nakal Zaid.
“…kalau dia (Zaid) benar-benar ikhlas kenapa beliau tidak masuk campur tangan dalam urusan kes petisyen pilihan raya yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
“…kenapa bila melibatkan PKR, dia hendak masuk campur,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sementara menyentuh mengenai kes saman tersebut, Rafizi menjelaskan biarlah perkara itu diselesaikan di mahkamah secara indivindu tanpa melibatkan parti.
“…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman,” katanya.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22 April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan .

No comments:

Post a Comment