Pages

Wednesday, 12 February 2014

INFO TAN SRI ADENAN SATEM KETUA MENTERI SARAWAK YANG BAHARU BERKUATKUASA 1 MAC.



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, hari ini, menyerahkan surat perletakan jawatan beliau berkuatkuasa 28 Februari 2014 kepada Tuan Yang Terutama, Yang Di Pertua Negeri Sarawak. 

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem dipilih oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan dan nama Adenan sebagai calon pengganti kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam pertemuan di Astana Negeri hari ini.

“Saya akan meletak jawatan pada 28 Februari dan Adenan akan mengangkat sumpah pada hari yang sama."

Menteri Tugas Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 68, yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.

No comments:

Post a Comment