Pages

Friday, 28 February 2014

BUDAK 1 TAHUN 7 BULAN LEMAS DALAM TONG SIMPAN AIR !!!



JOHOR BAHRU - Seorang budak lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas di dalam tong simpanan air di rumahnya di Kampung Jemari Baru, Mersing dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata dalam kejadian 4 petang itu Mohd Adam Kamaludin dipercayai terjatuh ke dalam tong air tersebut.

Ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama kakak dan abang yang berumur 12 dan lapan tahun, manakala ibu bapa mereka keluar bekerja, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkepli berkata berdasarkan laporan polis oleh bapa mangsa, ketika kejadian kanak-kanak itu berada di dapur manakala kakak dan abangnya mengulang kaji pelajaran di ruang tamu.

Beliau berkata Mohd Adam ditemui oleh si abang dalam keadaan terlangkup di dalam tong yang mengandungi 3.5 liter air di dapur dan dia kemudian meminta pertolongan jiran untuk membawa adiknya ke Hospital Mersing.

Pegawai perubatan yang bertugas di hospital itu mengesahkan Mohd Adam meninggal dunia akibat lemas, katanya. - Bernama

PKR SELANGOR SOKONG SAMAN TERHADAP HADI !!!



Memang patut pun kena saman. Apabila ada orang cuba kurang ajar menfitnah tanpa bukti maka dia patut diajar supaya lebih beradap dan menghormati hak orang lain. 


Jangan ingat kamu tu pak haji kamu maksum dari dosa-dosa. Belum tentu yang berkepiah dan berserban itu gerenti masuk syurga. Apatah lagi yang bermulut longkang! Fitnah sana sini.

Sumber dari blog AIDC bertarikh 28 Februari 2014

Tahniah kepada YB Suhaimi Shafei. Ini betul-betul tindakan anak jantan yang berani menongkah arus. Pemimpin muda berani beginilah yang dimahukan oleh rakyat. Berani bercakap benar. 

Kepada Haji Hadi bayar sajalah saman RM2 juta itu jika kamu anak jantan. Kalau tak puas hati moh PAS dan PKR jumpa depan-depan. Settle secara anak jantan! 

Kita lihat antara AMK dan Unit Amal PAS siapa yang lebih kuat !!!

Credit : MyMassa

SEMAKAN ONLINE & SMS KEPTUSAN SPM 2013.

Tarikh semak Keputusan SPM 2013 akan diumumkan kemudian berkemungkinan pada 21 March 2014 . 


Para pelajar dan Ibu bapa di sarankan agar sentiasa dari masa ke semasa mengikuti laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini dengan tepat.


Cara Semakan Keputusan SPM 2013 melalui Online


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:

1) Semakan secara online :
2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.

Cara Semakan Keputusan SPM 2013 melalui sms




Anda jugak boleh semakan keputusan SPM 2013 melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151BC001A040 hantar ke 15888

LELAKI TERUK DIBELASAH AKIBAT SALAH FAHAM.



Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa. 


“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,”katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam).


 “Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya.

Sumber: Harian Metro

MB TERENGGANU MENANG SAMAN FITNAH.



Hari ini 28.2.12 jam 9.35 pagi di Mahkamah Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap defendan-defendan dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan 2 yang lain.

Gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM 30,000.00.perlu dibayar oleh defenden2 kpd YAB MB Terengganu . 

Hakim juga membenarkan Injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan oleh defendan2 dalam Harakah dan akhbar lain ada juga dibenarkan.

MALANG TIDAK BERBAU : JAG LETRIK BERISI AIR PANAS TERJATUH ATAS BUDAK 3TAHUN !!!

Budak 3 tahun melecur

Foto
Chukai: “Mujurlah air panas yang tumpah tidak terkena muka anak saya, Allah masih selamatkan dia,” kata Siti Fauziah Amir, 34, ibu kepada Siti Noraina Ahmad Nesfu, 3, yang melecur di belakang badan selepas jag elektrik berisi air panas terjatuh di atas badannya.

Akibat kejadian itu, badan kanak-kanak itu melecur 10 peratus dan terpaksa menjalani pembedahan menampal kulit paha pada bahagian belakang badan yang melecur teruk. 
Siti Fauziah dari Kampung Gong Pauh, di sini, berkata, air panas itu tumpah di atas badan anak bongsunya pada Sabtu lalu, ketika dia bersama tiga anaknya berada di sebuah rumah tumpangan di Kuala Terengganu kerana menemani suami yang terbabit dalam pertandingan silat di Stadium Tertutup Gong Badak, dekat sini. 


“Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Fauziah tiba-tiba menangis ketika bermain di rumah tumpangan selepas terlanggar jag di atas meja menyebabkan air panas tertumpah ke atasnya.

“Terkejut dengan insiden itu, saya terus menghubungi suami yang berada di stadium sebelum menghantar anak mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan ditahan dalam wad kerana kecederaan yang dialaminya agak teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
MyMetro

Thursday, 27 February 2014

DOAKU DI MALAM JUMAAT.

Ya Allah yang Maha penggenggam setiap hati…
Jangan biarkan hati ini berpaling dariMU...
Teguhkanlah hati ini hanya untukMu…
Jangan biarkan prasangka mereka membuatku jauh dariMu..
Jangan biarkan hati ini kalah dengan kepalsuan cinta…

Buatlah hati ini untuk selalu mengingatMu dalam setiap urusanku….
Yaa Allah...
Bersihkanlah hati dan fikiranku dari ketakutan, kegelisahan, keputusasa­an, kebimbangan, kemunafikan dan penyakit-penyakit hati yang lain.
Isilah hati dan fikiranku dengan kesabaran, kelapangan, ketentraman, kedamaian, kebahagiaan dan rasa optimisme dalam menghadapi masa depan.

Yaa Allah...
Bimbinglah diriku agar esok lebih baik dari hari ini.
Bimbinglah agar keimananku, amalanku, ilmuku dan rezekiku selalu terus meningkat dan senantiasa lebih dekat denganMU.

Yaa Allah...
Bangunkanlah diriku di akhir sepertiga malam dan berilah kekuatan agar mampu melaksanakan Qiyamullail.
Bimbinglah agar senantiasa istiqamah dan merasakan nikmat kerana semakin dekat dengan MU.

Aamiin ya robbal'alamiin.

KETAHUILAH TANDA-TANDA MENINGGAL DUNIA SECARA HUSNUL KHOTIMAH.



Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya (Surah Ali-Imran [3]: 185). Hanya saja waktu dan lokasinya adalah sebuah misteri. Manusia tidak dapat mengetahui dan menetapkan jadual kematian, kerana ini adalah rencana dari Allah SWT.
Kematian pula bukanlah kejadian biasa, tapi ia adalah peristiwa besar yang menyakitkan yang ditandai dengan terputusnya hubungan antara roh dan jasad, perubahan situasi dan adanya peralihan dari suatu alam ke alam lain.
Kematian berlaku dengan fenomena yang beraneka ragam, secara umum boleh dibahagikan kepada dua keadaan. Pertama, meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (akhir hayat yang baik).
Dan kedua, meninggal dunia dalam keadaan suul khatimah (akhir hayat yang buruk). Keadaan yang pertama menunjukkan suatu gambaran bahawa nasib yang akan dialami oleh si mayat selepas kematiannya akan bahagia.
Sebaliknya, keadaan yang kedua menggambarkan keburukan yang bakal dialaminya. Bagi orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah mempunyai tanda-tanda tertentu yang sepatutnya diketahui oleh setiap individu, terutama kalangan umat Islam.
Tanda-tanda tersebut, di antaranya sebagai berikut…
Pertama, mengucapkan kalimat tauhid (syahadah). Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang di akhir hayatnya mengucapkan la ilaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah, kecuali Allah SWT), maka ia masuk syurga.” (HR Abu Daud).
Kedua, dahi atau kening berpeluh. Sebuah riwayat dari Buraidah bin Hashib ra, dia berada di Khurasan. Lalu, saudaranya kembali kepadanya dalam keadaan sakit sehingga ia sempat menyaksikan kematiannya.
Saat saudaranya meninggal dunia, ia melihat peluh keluar dari dahi, dan berkata, “Allahu Akbar”. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Meninggalnya seorang Mukmin ditandai dengan peluh di dahinya.” (HR Tirmizi, Nasa’i, dan Ibn Majah).
Ketiga, meninggal dunia pada malam Jumaat atau siang harinya. Tanda ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Umar RA. Dia mendengar bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah siksa kubur.” (HR Tirmizi).
Keempat, mati syahid. Ada lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkanwabak (al-math’un), sakit perut (al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), ditimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).
Itulah di antara tanda-tanda meninggal dunia secara husnul khatimah yang disebutkan oleh nabi dan rasul ikutan kita, Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kelak kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah (akhir yang baik), yakni golongan yang memperoleh hakikat kebahagiaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT. 

STATUS DI FACEBOOK PETANDA AJAL !!!




SUNGAI PETANI - "Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."

"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”

Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja.

Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Status Facebook tentang kematian

Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian.

Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.

Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.

Keluar makan bersama

Saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani.

“Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja.

“Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.

SH

ISU PIL KUDA : WAJARKAH PRESIDEN PAS BERUNDUR ???



Masa dengar video penjelasan TG Hj Hadi yang sebut pasai pil kuda dulu tu aku sebenarnya sangat-sangat percaya yang maklumat tu benar lagi soheh. Aku cukup yakin takkan la kut Presiden PAS nak cakap pasai pil kuda tu kalau dia takdah bukti soheh pasai benda tu.

Kalau dengar video ucapan TG Hj Hadi tu memang takdak persepsi lain melainkan memang kompom ada salah sorang dari calon PKR di Terengganu yang memang soheh ada bukti jual pil kuda.



Tapi, dengan perkembangan terkini, persepsi aku dah jadi terbalik, aku yakin yang sebenarnya TG Presiden masa tu takdak bukti soheh melainkan telah diyakinkan oleh seseorang ataupun sekumpulan orang yang rapat dengan TG Presiden.

Pada aku isu pil kuda ni satu isu yang cukup memalukan PAS. Sebagai ahli Parti Islam Semalausia PAS, aku langsung takdak hujjah yang meyakinkan untuk mempertahankan PAS dalam isu pil kuda ni pasai yang terpalit dengan fitnah ni adalah Presiden PAS sendiri.


Sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita nak mentadbir Malaysia dengan cara Islam yang syumul, PAS perlu membersihkan diri dari isu yang memalukan ni.


Mungkin ramai dari kalangan ahli PAS yang rasa tajuk yang aku letak kat atas tu tak wajar tapi apa yang aku nak tekankan adalah PAS perlu dibersihkan dari isu pil kuda ni. Kalau takdak cara lain melainkan TG Presiden perlu letak jawatan, mungkin itu jalan yang patut PAS pilih.


Kalau boleh dibersihkan TG Presiden dari isu pil kuda ni, itulah yang sebaiknya. Kalau TG Presiden berjaya dibersihkan maka PAS jugak secara tak langsung berjaya dibersihkan dari isu pil kuda ni.

Tak kira la macamana cara sekali pun tapi para penasihat yang hebat-hebat yang ada disekeliling TG Presiden perlu perah otak cari jalan untuk bersihkan TG Presiden dari isu pil kuda yang memalukan ni.


Kalau perlu dikambinghitamkan seseorang untuk bersihkan TG Presiden PAS 'wajib' korbankan seseorang tu. Atau kalau ada seseorang yang sanggup jadi kambinghitam dan dengan dia dikambinghitamkan nama TG Presiden dan PAS akan jadi bersih, itu lebih baik.


Tapi kalau TG Presiden sanggup berlapang dada dan berjiwa besar mengambil tanggungjawab atas isu ni dengan mengumumkan perletakan jawatan, itu adalah proses pembersihan yang terbaik untuk PAS.


Dan aku yakin kalau kena dengan 'skrip'nya, akhirnya TG Hj Hadi akan terus 'terpaksa' pegang jawatan Presiden PAS tu. 

PERMOHONAN SKIM MYHOME RUMAH MAMPU MILIK (BANTUAN SUBSIDI RM30,000)



Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Pertama (Mampu Milik) : Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak…

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama?

  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  2. Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan?

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  3. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  4. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi?

  1. Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  2. Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  3. Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Cara & Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome?

  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.

PEMANDU DISERANG SAWAN SEHINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN !!!

2602SawanMyvi

SAWAN adalah sejenis penyakit yang boleh menjadi berbahaya jika serangan sawan itu kerap berlaku dan ia akan membahayakan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka sedang memandu.
Penyakit berkenaan adalah akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.
Penyakit sawan yang berbahaya ialah sawan menyeluruh yang melibatkan serangan di keseluruhan bahagian otak.
Pesakit sawan jenis ini akan kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.
Itulah agaknya penjelasan yang terjadi kepada seorang pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan kerana pemandunya diserang sawan.
Rakaman video kejadian itu dipaparkan di laman Facebook Oh!Media.
Ia menunjukkan anggota bomba cuba untuk memecahkan cermin kereta lelaki itu yang sedang diserang sawan selepas kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta.
Cubaan seorang anggota bomba untuk memecahkan cermin kereta itu menggunakan perengkuh gagal kerana cermin kereta Myvi itu dipercayai dibuat kukuh bagi mengelakkan kecurian. – MYNEWSHUB.MY

PELAJAR MAUT DIGILIS BAS SEKOLAH !!!

Foto
MAYAT, Adam Daniel yang terbujur di tepi bas sekolah.
Kuantan: “Kami berlari ke arah bas kerana mahu mendapat tempat duduk dan ketika itu saya melihat Adam terjatuh dan digilis,” kata rakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, dekat sini, yang maut digilis bas sekolah petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Adam Daniel Abdullah, 13, meninggal dunia selepas parah di kepala dan anggota badan akibat digilis kenderaan terbabit.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Rafi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama Adam menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing di Taman Semambu di sini.
“Melihat bas sekolah tiba, kami dan beberapa pelajar lain berlari ke arah bas yang ketika itu masih belum berhenti sepenuhnya kerana mahu mendapat tempat duduk dan tidak perlu berdiri sepanjang perjalanan.
“Ketika berpusu-pusu ke arah bas berkenaan, Adam tiba-tiba terjatuh berhampiran bas lalu digilis di depan mata saya,” katanya di sini, semalam.
Dia berkata, beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu memanggil guru untuk menarik mangsa keluar dari bawah bas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba beberapa minit kemudian.
“Saya sentiasa terbayang kejadian berkenaan kerana dia rakan yang mati di depan mata hanya kerana kami berebut mahukan tempat duduk,” katanya.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir danTrafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika melihat bas sampai di depan sekolah, kumpulan pelajar itu berpusu-pusu.
MyMetro

GEMPAR !!! JENAZAH LENGKAP DIKAFAN DITEMUI DI TEPI JALAN !!!

Bukit Mertajam – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.

Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pianang awal pagi ini.
Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.
UPDATE TERKINI !!!
MAYAT DIBUNGKUS DENGAN CADAR, KEPALA DAN KAKI DIIKAT

Bukit Mertajam, 26 Feb - Mayat seorang lelaki dipercayai milik warg asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA

BOMOH TUA ROGOL 4 GADIS SUNTI SEWAKTU SESI "MANDI PERUBATAN" !!!

Gambar Hiasan
Seorang gadis berusia 14-tahun dari Lundu, Sarawak mengadu telah dirogol oleh seorang bomoh sewaktu satu sessi "mandi-perubatan" di dalam bilik mandi rumahnya pada minggu lepas.

Difahamkan, bomoh yang berusia 64-tahun tersebut yang mendakwa mampu mengubati segala penyakit kronik termasuk kanser telah menginap di rumah mangsa kerana ingin mengubati penyakit yang dialami oleh ibu mangsa.

Suspek kemudiannya memperdayakan ibu mangsa dengan menyatakan mangsa sebenarnya mengelami "gangguan" dan perlu di beri rawatan secara "mandi-perubatan" untuk menghalau gangguan tersebut.

Percaya dengan kata-kata bomoh itu, ibu mangsa mengizinkan anaknya "dirawat" oleh bomoh tersebut di dalam bilik mandi rumah mereka.

Difahamkan, suspek sebaliknya meraba buah dada dan kemaluan mangsa yang hanya berkembankan sehelai kain batik namun gagal merogol mangsa setelah ditolak oleh mangsa.

Suspek dikatakan telah memberi amaran sekiranya mangsa memberitahu peristiwa itu kepada sesiapa, wajahnya akan menjadi "hodoh dan hitam".

Mungkin kerana tidak tahan mengawal nafsu, suspek tersebut menggerakkan mangsa dari tidur pada awal pagi seterusnya untuk mengadakan satu lagi sesi "mandi-perubatan" dan pada cubaan kali kedua berkenaanlah, suspek berjaya merogol mangsa.

Beberapa hari kemudian, ibu mangsa menyedari kemurungan anak gadisnya dan setelah didesak, mangsa menceritakan kejadian tersebut yang kemudiannya menjurus mereka membuat laporan polis.

Seperti dapat menghidu perbuatannya sudah diketahui, bomoh tersebut "menghilang diri" namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Pada Sabtu lepas, bomoh tua bangka itu di pukul oleh sekumpulan penduduk di Bako, Kuching kerana "kantoi" ketika mengadakan sessi "mandi-perubatan" ke atas seorang gadis.

Difahamkan, tiga gadis berusia 14, 15 dan 16-tahun dari kampung tersebut telah "dirawat"nya setakat hari itu dan suspek kini berada dalam tahanan polis yang sedang menyiasat kes ini.

-UnReportedNews™®