Pages

Saturday, 18 January 2014

TAHUKAH ANDA ADA RAHSIA DI SEBALIK KEPERKASAAN UMAR AL-KHATTAB ???



Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. pernah berdoa kepada Allah untuk menguatkan Islam dengan salah satu dari dua orang iaitu Abu Jahal atau Umar Al-Khattab. Dengan izin Allah, maka Umar telah terpilih. Di sebalik sifatnya yang kasar dan keras, hidupnya yang tenggelam dalam kejahilan, perasaan bencinya dan niatnya yang ingin membunuh nabi, namun akhirnya hati Umar Al-Khattab tertambat dengan Islam tatkala mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran.

Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menjelaskan bahawa “Allah meletakkan kebenaran di lidah dan hati Umar”. Beliau adalah merupakan sahabat nabi yang keras dan tegas terhadap orang kafir dan kemungkaran, namun lembut hati kepada orang-orang yang beriman. Oleh yang demikian, beliau digelar “Al-Faruq” yang bermaksud yang tegas yang membezakan yang hak dengan yang batil. Bahkan syaitan pun tidak berani melalui jalan yang dilalui Umar.

Tahukah anda, di sebalik keperkasaan seorang yang bergelar Umar, terdapat tanda di wajahnya kerana beliau banyak menangis. Umar adalah seorang yang perkasa tetapi beliau merasa lemah dan tidak berdaya di hadapan Rabb dan Maha Perkasa. Bahkan Umar yang kuat itu, luluh hatinya dan menangis kerana rengekkan anak kecil yang lapar. Digalasnya guni gandum bersendirian lalu dimasaknya untuk anak tersebut.

Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Jikalau benar ada nabi yang akan datang setelah aku, orang itu adalah Umar”. Namun demikian, Umar yang gagah perkasa itu tidak mabuk sanjungan ataupun merasa mulia. Dengan segala kerendahan hatinya ia dilantik sebagai khalifah oleh Abu Bakar. Namun ia dengan tegas menolak dan berkata : “Andai leherku terjulur di bawah pedang, lantas pedang itu menebasnya sampai putus dijalan Allah adalah lebih baik daripada aku memeritah umat Islam, yang di dalamnya ada Abu Bakar”.

Wallahua’lam...
Dipetik dari Novel Sejarah Islam : Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam, karya Abdul Latip Talib

No comments:

Post a Comment