Pages

Tuesday, 14 January 2014

"SULTAN MELAKA" DITAHAN POLIS !!!


Individu yang mengakui dirinya sebagai Sultan Melaka akhirnya diberkas polis sebentar tadi.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tujuh laporan polis telah dibuat oleh orangramai terhadap indiviidu yang mengakui dirinya sebagai Sultan Melaka.

Tangkapan telah d buat oleh sepasukan anggota polis pagi tadi ketika Raja Nor Jan dalam perjalanan ke Pulau Besar Melaka.

Berikutan penahanan itu, sekumpulan kecil yang dipercayai adalah dikalangan "rakyat setia" Raja Nor Jan berkumpul d luar balai.

Pengadu-pengadu membantah terhadap Raja Norjan iaitu seorang orang awam mendakwa dirinya sultan melaka yg telah mengurniakan pingat dan mengadakan adat istiadat dan lain-lain aktiviti yang menjurus kepada dakwaan olehnya bahawa beliau mendapat restu dari ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

Terdapat juga aktiviti yang dirancang melalui SMS utk mengadakan majlis kesinambungan pd 14hb Januari 2014 di Pulau Besar. 

Perbuatan ini dianngap boleh mengancam keselamatan dan timbul salah faham dikalangan masyarakat dan pengadu-pengadu meminta pihak berkuasa ambil tindakan.

Salah seorang pengadu telah mengadu kenyataan dibuat Nor Jan Shah Tuah yang mendakwa beliau adalah Sultan Melaka yang sah serta mengadakan upacara pengurniaan pingat serta lain lain aktiviti ibarat upacara kenegerian serta mendakwa mendapat restu ICJ. 

Pengadu, 38 tahun yang merupakan salah seorang dari pemimpin belia merasa terhina dan menggangap perbuatan Norjan yang mengaku Sultan boleh menjejaskan keselamatan dan menimbulkan salah faham dan ingin pihak polis mengambil tindakan. 

PUTRAJAYA: Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka’ di Jasin, Melaka hari ini adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. 

Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu. 

Selain itu, katanya, apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri berkenaan. 

“Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.

“Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan 
hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan,”

katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini hari ini. 

Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pelajar asing yang mahu bekerja separuh masa di restoran makanan segera perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen. 

“Sebagai amalan, mana-mana restoran makanan segera boleh mengambil pekerja separuh masa yang terdiri daripada pelajar dalam negara dan kita tidak menghalang restoran berkenaan juga mengambil pelajar asing secara separuh masa,” katanya. 

Mengenai dakwaan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan bahawa beliau ditumbuk oleh seorang lelaki berhubung soal pertukaran guru di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Ahmad Zahid menyifatkan ia perbuatan yang amat memalukan. 

“Kamalanathan sebagai timbalan menteri pendidikan yang mewakili institusi pendidikan negara ini harus dihormati. Lagipun, soal pertukaran guru adalah soal peraturan yang sedia ada di Kementerian Pendidikan. 

“Kamalanathan sudah membuat laporan polis dan kita akan mengambil tindakan pada individu yang melakukan perbuatan itu,” katanya. 
BERNAMA

No comments:

Post a Comment