Pages

Tuesday, 28 January 2014

POLIS TUMBUK POLIS !!!


Seorang polis hari ini ditahan atas kesalahan menumbuk anggota polis yang lain dan menimbulkan kekacauan di sebuah pusat hiburan, di Kuching, Sarawak pagi semalam.

"Polis" yang ditangkap dipercayai merupakan salah seorang pengawal peribadi ahli politik yang terkenal.

Menurut sumber, polis berusia 30 tahun itu pergi ke pusat hiburan bersama-sama rakan-rakannya di Tabuan Jaya sebelum bergaduh dengan pelanggan yang lain seawal jam 1 pagi.

Difahamkan, polis tersebut mula membaling botol sehingga memaksa pemilik premis yang berusia dalam lingkungan 40-an meminta ganti rugi daripada saspek.

Namun, saspek bertindak menterbalikkan meja dan melakukan provokasi terhadap pemilik pusat hiburan tersebut.

Pemilik pusat tersebut kemudiannya menelefon polis, tetapi ditumbuk oleh saspek sebaik sahaja tiba di premis berkenaan.

"Polis" tersebut ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment