Pages

Wednesday, 22 January 2014

MAYAT BUDAK 2 TAHUN DIBUNUH KEJAM !!!

Dungun: Bau busuk dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Seri Paka Fasa Dua di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua hingga empat tahun, disyaki mangsa bunuh, semalam.
Sumber berkata, ketika ditemui di dalam tandas rumah kosong itu, sekitar mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui jam 3.20 petang oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.
“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk, mangsa dipercayai mati antara dua hingga tiga hari lalu dan polis turut mengambil kira kemungkinan mangsa dibunuh,” katanya.
Sumber itu berkata, terkejut melihat mayat kanak-kanak perempuan itu yang berlumuran darah, pengawal keselamatan terbabit segera memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Paka dekat sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Paka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan seorang wanita yang tinggal di kampung berhampiran tempat kejadian, ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuannya yang berusia dua tahun, dua hari lalu.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada mangsa yang mati itu adalah kanak-kanak yang hilang.- HM

________________________________________________________________________
Selamat petang YDH Dato/Tuan

Fakta kes:

Pada 21/1/14 jam 1520hrs semasa pengadu membuat rondaan di kawasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan awal:

Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Repot:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 1930hrs anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka. 
Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai.


Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian

-Tempat kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
-Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
- Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
- Simati memakai baju gaun warna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
- Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
- Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.
- Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah spt berikut:-
1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
2. Keratan wayar warna putih
3. Swab peluh pada pemegang pintu dapur
4. 3 swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
5. Serpihan kayu pintu dapur yang diumpil
6.3 cap jari

Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/1/14 jam 0900hrs. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan.


Terima kasih YDH Dato/Tuan.

No comments:

Post a Comment