Pages

Thursday, 16 January 2014

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TANGGANI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE !!!


IPOH – Kerajaan digesa mula bertindak sekarang bagi menangani penggunaan isu kalimah ALLAH dalam kitab Bible yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Pendakwah bebas, Mohd Kazim Elias Al Hafiz berkata, kerajaan sudah terlalu lama berlembut dan berdiplomasi berhubung perkara tersebut sehingga golongan bukan Islam, khususnya Kristian, mula mendesak agar kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible mereka.
Mohd Kazim berkata, desakan golongan itu jelas melanggar perlembagaan negara kerana ia melibatkan kesucian umat Islam dan kesucian ALLAH itu sendiri.
“Kalimah ALLAH ini sebenarnya tidak ada dalam kitab Bible mereka. Yang ada hanyalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’. Jadi gunalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’ itu sahaja berbanding kalimah ALLAH yang hanya khusus kepada umat Islam.
“Kita juga kena ingat, selama ini mereka jarang menggunakan bahasa Melayu dalam upacara-upacara di gereja. Jadi, kenapa yang sibuk-sibuk nak guna kalimah ALLAH sedangkan selama ini kekok untuk bahasa Melayu?
“Justeru, dalam isu-isu sebegini, khususnya yang melibatkan soal keselamatan, agama, dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah atau memberi ruang masa yang terlalu lama untuk bertindak. Ini akan beri kesan yang tidak elok kepada negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Peringkat Risda Negeri Perak, di sini, semalam.
Katanya, Mohd Kazim berkata, wujud pendapat yang mengatakan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, golongan kafir telah menggunakan kalimah itu.
Katanya,  penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan kafir pada ketika itu salah dan jauh bertentangan dengan ajaran Islam.
“Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk bawa pengajaran sebenar kepada mereka. Tanggapan bahawa ALLAH ada anak dan Nabi Isa itu  jelmaan ALLAH tidak betul.
“Oleh sebab itulah Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk perbetulkan keadaan dan membawa pengajaran yang sebenarnya, ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment