Pages

Saturday, 18 January 2014

HARGA BARANG NAIK : SALAH SIAPA???

konsortium pasar borong
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pemborong memanipulasi harga barang dikatakan sebagai punca kenaikan harga barang secara mendadak di seluruh negara baru-baru ini.
Menurut sumber, kegiatan itu juga dipercayai didalangi oleh pihak tertentu yang ingin membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jelas sumber tersebut, pihak pemborong sering menggunakan alasan terpaksa menaikkan harga barang bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.
“Walau bagaimanapun, kadar kenaikan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan dipercayai berpunca daripada sikap tamak mereka untuk mengaut keuntungan secara berlebihan.
“Kerajaan tidak akan membiarkan kegiatan ini berterusan kerana tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa manipulasi pemborong yang tamak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun menyedari ‘permainan’ pemborong tersebut, sumber itu memberitahu, kerajaan merangka strategi untuk mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan.
“Kita tahu niat sebenar mereka ialah hendak membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan dan seterusnya akan memberi keuntungan politik kepada pembangkang.
“Sebab itulah, kerajaan tidak berasa tergugat dengan tindakan pemborong, sebaliknya mencari kaedah terbaik bagi ‘memutuskan’ rantaian monopoli mereka,” kata sumber itu.
Menurut sumber tersebut, salah satu langkah yang diambil kerajaan adalah dengan memperkasakan pembabitan koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan.
Kata sumber itu, koperasi yang berkemampuan digalakkan menjadi pemborong bagi mendapatkan barang secara terus daripada pengilang.
“Koperasi terbabit seterusnya akan menjual barang pada harga yang rendah kepada peruncit atau mereka boleh menjualnya secara terus kepada pengguna,” ujarnya.
Beliau yakin langkah itu berupaya menggagalkan kegiatan manipulasi harga oleh pihak pemborong sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Selain itu, katanya, ketegasan kerajaan dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan menghalang kegiatan pengambilan untung secara berlebihan oleh pihak pemborong.
Cr:KLXpress

No comments:

Post a Comment