Hanya beberapa minggu lepas, kita dikejutkan dengan kejadian puting beliung di Johor Bahru. Meskipun begitu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan kejadian alam itu bukanlah puting beliung tetapi lebih dikenali sebagai belalai air.
Dalam pada itu, satu lagi kejadian puting beliung berlaku di daerah Miri, Sarawak sekitar jam 2.10 petang tadi, 1 Januari 2014. Menurut maklumat dari Facebook I Love Sarawak, kejadian luar biasa itu dirakam di Sungai Tujuh dan Kuala Baram.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kejadian puting beliung atau belalai air di Miri, Sarawak pada petang tadi.
No comments:
Post a Comment