Pages

Saturday, 25 January 2014

2 KES PELAJAR DIROGOL SECARA BERKUMPULAN !!!

GADIS DIROGOL SEKUMPULAN LELAKI

Rumah kosong di Jalan Abdul Raof, Parit Buntar yang didakwa menjadi lokasi seorang remaja perempuan diculik dan dirogol.

PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol  kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.
sh

PELAJAR DIROGOL TIGA KENALAN

Gambar Hiasan
KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.

“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.

“Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit,” katanya kepada media di sini.

Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.


“Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.

“Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur.
sh

No comments:

Post a Comment