Pages

Tuesday, 31 December 2013

SEBARKAN : HATI2 SEMASA MENGGUNAKAN MESIN ATM !!!


KULAIJAYA - Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati selepas mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, tiga kes dicatat pada bulan ini melibatkan kes samun di luar premis bank sekitar bandar raya ini dengan kerugian RM80,000.

Menurutnya, hasil laporan polis, suspek dikatakan mengetahui di mana wang terbabit diletakkan di dalam kenderaan sebelum disamun.

“Baru-baru ini, kes melibatkan warga Tionghoa yang mengeluarkan wang dari bank kemudiannya tingkap kenderaan dipecahkan sementara wang dilarikan penjenayah.

“Masyarakat perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa serta jangan keluarkan wang ketika berseorangan,” katanya pada sidang media selepas majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kulaijaya, semalam.

Hasnan berkata, polis juga akan memastikan masyarakat selamat ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada hujung Januari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 172 laporan dibuat pelbagai pihak yang membantah perhimpunan menggulingkan kerajaan dijangka berlangsung di ibu negara, hari ini.

“Polis akan bertindak di atas setiap aduan yang diterima dan diserahkan kepada polis Bukit Aman. Setakat ini, kita tidak terima maklumat perhimpunan diadakan di Johor.

“Polis sentiasa bersedia untuk bertindak mengikut lunas perundangan negara kerana perhimpunan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat,” katanya.
- SINAR ONLINE


Sebuah rakaman CCTV di sebuah bank menunjukkan taktik terbaru mencuri kad ATM seseorang dengan 'duit syiling'. Rakaman video ini menunjukkan bagaimana seorang lelaki mengalihkan perhatian seorang pengguna yang sedang menggunakan mesin ATM dengan memberitahunya bahawa duit syiling beliau telah terjatuh di atas lantai.

Di dalam rakaman ini, mangsa yang berbaju jalur merah sedang menggunakan mesin ATM ketika ditegur bahawa duit syilingnya terjatuh di atas lantai, walaupun sebenarnya itu bukan duit syiling mangsa.

Ketika mangsa leka mengambil syiling tersebut, seorang lagi lelaki lain yang dipercayai rakan penjenayah mencuri kad ATM mangsa yang masih dalam berada di dalam mesin ATM.

Kepada semua pengguna mesin ATM, diharap tidak tertipu dengan taktik duit syiling ini.

GADIS DIROGOL "PENCEGAH MAKSIAT" !!!


KOTA BHARU - Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.

“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.

“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya.

KISAH BENAR : WANITA-WANITA GERSANG !!!

KISAH 1
Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di Petaling Jaya.

Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38 tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini selama 18 tahun lalu. 

Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan. 

Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya.

KISAH 2

Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),  kelmarin. 

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit. “Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.

KISAH 3

Gadis remaja 17 tahun dan pasangannya 16 tahun itu telah di tangkap dirumah gadis tersebut pada hari jumaat 12:15 tengah hari mereka juga di faham telah ponteng sekolah  dan mengambil kesempatan untuk melakukan hubungan sex apabila semua orang sibuk ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.
Ketika serbuan dibuat kedua-dua pelajar tersebut mengakui bahawa mereka baru sahaja melakukan hubungan sex lelaki tersebut masih lagi berseluar pendek tanpa seluar dalam dan tidak berpakaian.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.
“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.
“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.
Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
P/S :PENDEDAHAN CERITA-CERITA DI ATAS ADALAH SEKADAR BERKONGSI AGAR DIJADIKAN IKTIBAR KEPADA KITA SEMUA.

SANTAI MINDAI.


Assalamualaikum sahabat2. 

SEBUAH CERITA TELADAN

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanyadengan bangganya.BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membukahatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....

Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Monday, 30 December 2013

PM @NajibRazak UMUM 11 LANGKAH PENJIMATAN BELANJA KERAJAAN !!!


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. 
 Bernama

HARUN TAIB AKUI BUKAN MUDAH UNTUK "GULING KERAJAAN" !!!


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negara ini amat sukar untuk digulingkan mana-mana pihak apatah lagi proses rampasan kuasa itu berlaku secara kekerasan dan huru-hara.

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada dan juga akan datang merupakan pemerintah yang cukup teguh dengan kekuatan pasukan keselamatan yang sentiasa mantap dan cekap.


"Atas sebab itu saya masih berpendapat bahawa tidak mudah untuk gulingkan kerajaan (Malaysia) dan saya juga berpendapat lambat lagi nak berlaku macam itu (guling kerajaan).

"Malah saya juga tak fikir akan berlaku keadaan huru-hara pada himpunan itu nanti (Himpunan Guling Kerajaan)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang kian memuncak membantah Himpunan Guling Kerajaan pada malam sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka Selasa ini.

Semalam, polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama merancang mengadakan himpunan itu bagi menimbulkan huru-hara semasa sambutan ambang tahun baharu tersebut.

Harun tidak menolak kemungkinan berlaku kekecohan dan huru-hara pada malam sambutan itu nanti sekiranya pihak kerajaan sendiri melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

"Kata nak guling kerajaan itu sebenarnya pihak kerajaan cakap saja, tapi kalau kerajaan bertindak luar biasa mungkin juga berlaku huru-hara," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa himpunan itu diadakan bukan bertujuan menimbulkan huru-hara dan untuk menggulingkan kerajaan seperti mana didakwa banyak pihak.

Sebaliknya kata Harun, perhimpunan ini sekadar untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap dasar kerajaan terutama berkaitan isu kenaikan harga barang, cukai dan sebagainya sehingga membebankan mereka.

"Hanya mereka yang berani cakap saja yang akan bersuara dalam himpunan itu sedangkan kerajaan tak susah apa pun dengan kenaikan harga barang sebab mereka ada pendapatan tetap.

"Kalau Selangor lainlah sebab wakil-wakil rakyatnya naik gaji, tak apalah," katanya berseloroh.

APA YANG UNIT AMAL PAS BUAT TU !!!


Entah apa yang berlaku dalam parti PAS , nak kata buat tranformasi rasanya mustahil sebab sama dengan UMNO.

Mungkin ianya kerana peredaran zaman apatah lagi dalam dunia serba moden ini pelbagai perkara memerlukan perubahan.

Maka bersandarkan alasan itu agaknya maka PAS kini sudah tidak lagi seperti dulu.

Perubahan ini dapat di lihat apabila satu persatu prinsip mereka di gadaikan semata-mata kerana mahu mengejar politik serta membuktikan betapa mereka kini sedang mengikuti arus kehendak yang memaksa beberapa perkara yang dulunya di anggap sebagai LARANGAN kini di BOLEHKAN  !!



Kalau gambar-gambar di atas ditukarkan kepada gambar pemuda-pemuda UMNO, pasti gegak gempita bloggers dan cybertroopers PR terutama PAS menjatuhkan hukum bahawa UMNO membawa maksiat, anjur pesta tari menari di dalam ziarah amal mereka. Namun, malangnya gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar yang tidak diedit. Inilah gambar-gambar Unit Amal PAS sewaktu Ziarah Amal mereka ke perkampungan orang asli Sungai Peroh, Kluang, Johor. 

Mungkin niat mereka untuk menghormati tradisi tuan rumah, tapi apakah matlamat menghalakan cara??? Janganlah kuman seberang laut nampak di mata, bangkai gajah terbungkam di depan mata kita buat tak tahu.

BUDAK 6 TAHUN ROMPAK KEDAI EMAS !!!



ARAB SAUDI – Baru berusia enam tahun namun sudah menjadi pencuri. Kejadian mengejutkan itu dikesan melalui rakaman CCTV melibatkan sebuah kedai emas.

Ketika kejadian, budak perempuan itu bersama dua wanita yang memakai purdah memasuki sebuah kedai emas dan berpura-pura mahu membeli barang kemas.

Ketika wanita itu mengalihkan perhatian pekerja kedai emas itu, budak perempuan itu yang memakai baju berwarna warni telah menyelinap masuk ke kaunter lain.

Tidak lama kemudiannya, dia telah mengambil wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM487,202 dan memasukkan ke dalam beg tangan milik salah seorang daripada wanita terbabit.

Dalam masa sama, seorang lagi wanita berkenaan meneruskan penipuan dengan berpura-pura mahu melihat barang kemas yang lain.

Mereka kemudiannya meninggalkan kedai emas itu tanpa disedari oleh sesiapapun, malah pekerja kedai emas terbabit juga tidak menyedari bahawa kedai emasnya telah dirompak.
mynewshub

ASTAGHFIRULLAHALAZIM : PESTA SEKS DI BILIK ASRAMA KOLEJ !!!


KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain."

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

BAPA BERSEKEDUDUKAN DENGAN ANAK GADIS SEJAK 2004 !!!


KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

EKORAN KEJADIAN LAUT TERBELAH DI KOREA : PAKAR ARKEOLOGI SAHKAN KISAH NABI MUSA BELAH LAUT MERAH.


Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.


Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.

Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa.

Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi. 

Sunday, 29 December 2013

MB KELANTAN TIBA-TIBA BUAT "U-TURN" KENYATAAN BANTAH HIMPUNAN 31 DISEMBER !!!


Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘tekanan’ dari pelbagai pihak,Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yaakob terpaksa menarik semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak menghantar wakil dalam ‘Himpunan Untuk Mengulingkan Kerajaan’.Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.   

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," ujarnya.   

Media sebelum ini melaporkan,pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan,TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN,‘GULINGKAN KERAJAAN’.Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara “Arab Spring” itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.   

“Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka".

Persoalannya ialah mengapakah,Ahmad Yaakob ‘flip-flop’ berhubung isu ini ??? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini ??? Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook ??? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan ‘suara ghaib’ yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan ‘liberal’ yang semakin menguasai Pas.

PENSYARAH DI TANGKAP BERKHALWAT DENGAN DUA WANITA !!!

Gambar Hiasan
KULIM – Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.

Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.

Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.

Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.

Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

GILA!!! BERBANGGA SEBAR "HILANG DARA" DI TWITTER !!!


Sorang remaja perempuan yang bernama Nurdianaa Ali atau lebih dikenali sebagai Baby Diana, secara terbuka mengaku kehilangan dara didalam laman Twitter beliau. 


Pengakuan 'ikhlas' tersebut dibuat setelah beliau mengatakan bahawa teman lelakinya memutuskan hubungan selepas berjaya mendapat 'dara'nya.

Menurut tulisan Baby Diana di laman tersebut, teman lelakinya yang dikenali sebagai Haziq langsung tak mahu menjawab sebarang panggilan telefon selepas kejadian kehilangan dara itu.


Kenyataan Baby Diana melalui Twitternya tersebut telah mendapat respon yang agak panas dikalangan pelayar laman sosial tersebut.. 

HARAP DISEBARKAN !!!


Nama saya Salleh bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal di sana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan Setiausha Agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit              $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi Daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki - berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.


Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum -1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak, Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Hj Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR) - 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, di dalam tudungnya ada salib.


Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan).

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.


> > >HARAP DISAMPAIKAN KEPADAD ORANG ISLAM KITA<<<

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)