Pages

Saturday, 7 December 2013

UPDATE TERKINI BANJIR DI PANTAI TIMUR !!!

KELANTAN


KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan sehingga pukul 9 malam ini semakin berkurangan iaitu seramai 1,762 orang berbanding 2,381 orang pada petang ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.
   
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, semua pusat pemindahan di jajahan Kuala Krai telah pun ditutup berikutan 407 orang yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan telah dibenarkan pulang.
   
Jajahan Pasir Mas iaitu di Rantau Panjang yang merupakan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan telah berkurangan iaitu seramai 1,638 orang berbanding 1,696 orang pada sebelah petang.
    
Di Pasir Puteh, seramai 63 orang masih berada di dua pusat pemindahan iaitu di Gong Datok dan Bukit Awang yang membabitkan sebanyak 19 buah keluarga.
   
Sementara itu, di Machang seramai 41 orang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Labok dan Pulai Chondong yang melibatkan 12 buah keluarga.

Jajahan Tanah Merah masih mengekalkan jumlah mangsa banjir iaitu seramai 20 orang di satu pusat pemindahan di Ulu Kusial yang membabitkan empat keluarga.
   
Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai semakin surut namun di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.26 meter (bahaya 9 meter). Paras air sungai berkenaan dilaporkan surut secara perlahan.
   
Tiada jalan utama ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada malam ini juga adalah baik. 

- Bernama

Jalan ditutup: 
JALAN DITUTUP (Kelantan): Jalan Chiku-Aring di Gua Musang, Jalan Rantau Panjang-Panglima Batu, Jalan Banggol Kulim
JALAN DITUTUP (Kelantan): Pengkalan Rakit & Pohon Tanjung-Rantau Panjang Kg Siram di Pasir Mas, Jln Tanah Merah-Kusial-Kg Ipoh di Tanah Merah

TERENGGANU
KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu catat penurunan kepada 6,758 di pusat pemindahan di lima daerah.
Jumlah mangsa: 6,758                     Pusat pemindahan: 67 
Dungun: 4,101
Hulu Terengganu: 157 
Kemaman: 2,450
Kuala Terengganu: 6 
Marang: 44 
Jalan ditutup: 
JALAN DITUTUP (TERENGGANU): Jerangau-Jabor, Bukit Besi-Dungun, Tepus-Kuala Jengal, Kg Rantau Panjang (Dungun), Jln Durian Mentangau (Dungun)
JALAN DITUTUP (TERENGGANU): Jalan Mak Lagam-Cheneh (Kemaman), Jalan Matang-Nibong-Kuala Telemong (Bukit Tadok, Hulu Terengganu)

KEMAMAN – Selain Pahang dan Johor, Terengganu juga turut terjejas dengan bencana banjir dan 4 tanah rancangan FELDA di daerah Kemaman, Terengganu, terjejas teruk.
Banjir dilaporkan teruk di FELDA Neram 1, FELDA Cerul dan FELDA Seberang Tayor.
Di FELDA Neram 2, 5 buah keluarga sahaja yang terjejas dengan bencana  banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
FELDA Seberang Tayor membabitkan 215 orang penduduk dari 60 buah keluarga terjejas dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
13 buah keluarga dari FELDA Neram 1 dipindahkan ke penempatan sementara bencana banjir.
Menurut sumber dari Ibupejabat Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri, FELDA Neram 1 bukanlah kawasan yang biasa terlibat dengan banjir sebelum ini.
Rumah penduduk di FELDA Neram 1 dan FELDA Seberang Tayor dinaiki air sehingga paras bumbung rumah.
Di beberapa tempat dilaporkan terputus hubungan kerana jalan dinaiki air.
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak FELDA memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara.

Terbaru, sebuah jambatan utama yang menghubungkan bandar Kemaman dan Kuatan runtuh mengejut petang tadi selepas gagal menahan arus deras Sungai Lembing yang semakin menggila. Ini menyebabkan jambatan berkenaan tidak boleh dilalui dan seterusnya memburukkan situasi kelancaran trafik perjalanan di sekitar bandar Kemaman.




PAHANG

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang yang sebelum ini dilaporkan menurun, kembali meningkat kepada 39,177 berbanding 32,808 orang petang tadi.
   
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 9 malam ini membabitkan Kuantan, Pekan, Temerloh dan Jerantut dengan bilangan mangsa banjir meningkat, Rompin dan Maran menurun manakala Lipis dan Bera kekal dengan jumlah sama.
   
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 34,504 orang yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
   
Katanya, di Pekan 3,356 mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan, Temerloh (485 - enam pusat pemindahan), Jerantut (478 - 11 pusat pemindahan), Rompin (173  - lima pusat pemindahan), Maran (83 - dua pusat pemindahan), Bera (65 - enam pusat pemindahan) dan Lipis (33 - dua pusat pemindahan).
   
Katanya kesemua mangsa daripada 11,253 keluarga itu ditempatkan di 97 pusat pemindahan membabitkan 77 kampung.
   
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Km62 Jalan Kuantan-Rompin dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. 

- Bernama

Jalan ditutup: 
LALUAN DITUTUP (Pahang): KM28 Jln Sg Lembing-Kuantan, KM72 Jln Kuantan-Rompin, KM14 Jln Temerloh-Bahau, Jln Temerloh-Bera

No comments:

Post a Comment