Pages

Saturday, 21 December 2013

TERUKNYA AKHLAK REMAJA MASA KINI : UMUR 16 TAHUN DAH JADI KETUA PENYAMUN ???

Sindiket curi motosikal tumpas


TUMPAT - Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang aktif mencuri di masjid pada waktu Maghrib dan Subuh selepas menahan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar kawasan Chabang Empat dan Wakaf Bharu.


Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, berikutan penangkapan itu polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal.

“Tujuh lelaki terbabit yang berusia 16 hingga 31 tahun ditangkap pada 17 dan 18 Disember. Semua suspek ditahan reman selama empat hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, di sini, kelmarin.

Zaharudin berkata, modus operandi sindiket itu adalah mencuri motosikal ketika jemaah menunaikan solat Maghrib dan Subuh di beberapa masjid sekitar Chabang Empat dan Wakaf Bharu.

“Kemudian, komponen motosikal curi itu akan dileraikan dan dijual. Motosikal yang menjadi sasaran mereka adalah jenis Honda Wave dan EX5. Sindiket ini dikesan bergiat aktif sejak November lalu,” katanya.

Hasil pemeriksaan air kencing mendapati, dua daripada kesemua suspek positif dadah.

Tiada jenayah lampau direkodkan dan dipercayai kumpulan terbabit baru terlibat dengan sindiket curi motosikal di daerah ini.

Berikutan penangkapan itu, polis turut menahan sebuah motosikal Honda Wave dipercayai menggunakan komponen curi.

Dalam pada itu, Zaharudin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan penjual komponen motosikal yang tidak dikenali kerana dikhuatiri terbeli barang curi.

No comments:

Post a Comment