Pages

Tuesday, 24 December 2013

SUBHANALLAH...ALLAHUAKBAR !!! VIDEO IKAN-IKAN KECIL TIMBUL DI PERSISIRAN PANTAI TAMBISAN, LAHAD DATU !!!



Sekadar Perkongsian!!!

Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013.

Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video di bawah akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.

Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. 

Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... 
Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah SWT. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.






VIDEO

No comments:

Post a Comment